Telah berkata Ustaz Muhammad Syamsol,
"Jadikan ilmu sebagai teman pada permulaan hari"
Kertahuilah wahai para penuntut ilmu, sayangilah ilmu nescaya dirimu akan selamat!. Kata Imam as-Syafie r.a,
"Barangsiapa yang tidak sayangkan ilmu, nescaya tiada kebaikan kepadanya", katanya lagi, "Sesungguhnya ilmu itu dapat menghidupkan hati".
Oleh itu, jadikan siangmu sebagai sarana untuk mendapatkan seberapa banyak yang mungkin ilmu-ilmu yang bermanfaat. Ketahuilah bahawa, barangsiapa yang disibukkan dengan menuntut ilmu semata-mata mengharapkan al-Haqq, nescaya al-Haqq akan menganugerahkan rezeki padanya yang tidak di duga-duga, begitu juga syurga itu sendiri akan mencarinya sebagai tanda dan khabar gembira buat penuntut ilmu. Bahkan telah dikhabarkan bahawa, barangsiapa maut mendatanginya sedangkan ia sedang menuntut ilmu, maka matinya dalam keadaan syahid. Oleh itu wahai para pejuang ilmu, sayangilah ilmu dan jadikanlah ia sebagai temanmu, jagalah ilmu seperti mana menjaga dirimu sendiri. Muliakan juga ilmu, nescaya al-Haqq akan memuliakanmu dan jauhilah bersifat jahil kerana ia mengundang kekejian dan kehinaan di dunia dan di akhirat. Daripada setiap langkahanmu adalah pahala buatmu, sehingga kamu sampai menuju ke halaqah ilmu. Dikhabarkan bahawa, baginda telah bersabda yang bermaksud,
"Barangsiapa yang berjalan menuju ke halaqah orang alim (guru), bagi setiap langkahnya itu diberi seratus pahala kebajikan. Apabila dia duduk mendengarkannya, maka ia diberi pula satu kebajikan bagi setiap kalimah yang didengarinya."
Wahai hati yang telah bermakrifah!, hendaklah dirimu meniatkan bagi setiap ilmu yang dipelajari adalah sebagai tujuan untuk memperbaiki hubungan dirimu dengan al-Haqq. Mintalah agar al-Haqq sentiasa menganugerahkan kepadamu kefahaman kerana kefahaman atau salah satu maqam yang teristimewa yang diberikan al-Haqq kepada para penuntut ilmu yang ikhlas. Pelajari ilmu itu sehingga dirimu faham mengenai kedudukan, keistimewaan dan kaedah mengamalkannya. Jangan sesekali membiarkan dirimu beribadah kepada al-Haqq tanpa ilmu pengetahuan tentangNya. Janganlah menjadi seorang `abid (ahli ibadah) yang jahil, tetapi jadilah seorang yang faqih (faham dengan ilmu). Ketahuilah bahawa, warak adalah penyebab kepada tersungkurnya pergerakan syaitan untuk memperdayakanmu. Tanda ilmu telah berada di dalam hatimu ialah apabila dirimu semakin berhati-hati terhadap apa yang dihadapkan kepadamu. Inilah namanya warak. Baginda Nabi saw juga sangat-sangat mencintai terhadap golongan para penuntut ilmu berbanding golongan yang rajin beribadah tetapi kosang tanpa ilmu. Telah disebutkan di dalam hadis, Nabi saw telah bersabda,
" فَضْلُ الْعِلْمِ خَيْرٌ مِنْ فَضْلِ الْعِبَادَةِ ، وَخَيْرُ دِينِكُمُ الْوَرَعُ "
Maksudnya : Ketinggian, kelebihan ilmu itu lebih baik daripada kelebihan ibadah (tanpa ilmu), dan kebaikan dalam agamu ialah dengan warak (menjauhi perkara yang berakibat dosa dan syubahat. Riwayat Ibnu Abi Syaibah.
" الْعِلْمُ أَفْضَلُ مِنَ الْعَمَلِ ، وَخَيْرُ الأَعْمَالِ أَوْسَطُهَا"
إِنَّمَا الْعِلْمُ بِالتَّعَلُّمِ
"Ya Allah, ajarkanlah kepada kami ilmu yang dapat kami beramal dengannya".
No comments:
Post a Comment