Sunday, April 25, 2010

Kalam Mukaddimah


ﭑ ﭒ ﭓ


الحمد لله رب العالمين اللهم صلي على محمد وعلى آل محمد صلاة تكون لك رضاء ولحقه أداء وأعطه الوسيلة وابعثه المقام المحمود الذي وعدته وعلى آله وصحبه أجمعين.


Telah berkata ad-Da`I Ilallah, Ustaz Abu Nur Muhammad Ruhuddin Ibni Muhammad Syamsol dalam kitab beliau yang berjudul, ASRORUL QULUBUL `ABIDIN (Sebuah kitab Tasawuf)..


Telah menjadi kewajiban atas hamba-hambaNya untuk menyahut seruan Allah swt dan RasulNya tatkalamana jiwa dipanggil untuk diberi cahaya rahsia dalam diri. Cahaya rahsia itu dinamai dengan hati. Maha suci Allah swt yang telah menjadikan hati dalam wujud rahsia dalam diri hambaNya. Dia telah menyembunyikan hati itu daripada pandangan zahir dan batin hambaNya. Wujud sinarannya sehingga sejauh mata memandang bahkan lebih lagi. Hakikatnya rahsia dan bertempat di tempat rahsia. Perjalanannya sukar diketahui kerana cahayanya berubah-ubah. Ketahuilah bahawa, barangsiapa yang menyahut seruan Allah dan Rasul pasti hatinya dihidupkan. Apabila hatinya hidup, maka berfungsilah anggotanya untuk mengenal Dia Yang Maha Hidup. Hanya hati yang hidup sahaja yang wujud sinaran cahayaNya. Dengan sinaran demi senaran, hati akan sentiasa bersedia untuk menerima seruan dari Allah dan RasulNya.


Adakah hati benar-benar mengenal seruan TuhanNya?, bagaimana hati mengenalNya? Dan hati yang bagaimana yang dikatakan hati yang mengenal seruan?. Ketahuilah bahawa, hanya hati yang bersih, suci dan murni sahaja yang akan benar-benar mengenal seruan TuhanNya. Apabila ia mendengar seruan TuhanNya maka bersegeralah ia menyahut dan menyambutnya dengan hatinya itu. Hatinya benar-benar bersedia untuk melaksanakan dengan perbuatan anggota-anggota. Hatinya itu ibarat raja yang memerintah dan anggota-anggotanya itu adalah rakyatnya. Maka oleh itu, kewajiban atas hambaNya untuk mengenal seruanNya. SeruanNya itu wujud dalam pelbagai jenis bentuk dan corak. Adapun dalil yang menunjukkan kewajiban menyahut seruan Allah swt ialah sepertimana FirmanNya,


Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. Surah al-Anfal ayat 24.


Kalam dalam mukaddimah kitabnya…




No comments:

Post a Comment