Ustaz Muhammad Syamsol pernah berkata,
"Jika tiada pengetahuan tentang taubat, manusia akan semakin jauh daripadaNya".
"Tiadalah turunnya wahyu daripada langit, melainkan agar manusia kembali kepada pemilik wahyu".
Katanya lagi,
"Dengan taubat dapat meleburkan dosa-dosa sepertimana leburnya timah di dalam acuannya".
"Betapa besarnya alam ini jika dibandingkan dengan kita?, tetapi lebih besar lagi pintu taubatNya".
"Pintu taubat yang terbesar tidak akan terbuka lagi buat selama-lamanya, sekiranya al-Haqq sendiri yang telah menutupnya".
Para alim ulama tasawuf yang Arif Billah telah menyatakan bahawa, taubat itu perlulah di dasari dengan ilmu pengetahuan dan perubahan maksiat ditinggalkan untuk menuju kepada ketaatan haruslah wujud dalam hal perilaku atau perbuatan, kerana ini adalah berkaitan dengan amalan. Amalan pula menunjukkan kepada keimanan seseorang hamba. Mengapakah taubat itu perlu di dasari kepada keimanan?. Ketahuilah bahawa ilmu pengetahuan merupakan dasar yang mengikat iman kepada Allah swt, sedangkan perilaku atau perbuatan merupakan sesuatu yang muncul daripada ilmu pengetahuan. Manakala amalan adalah sesuatu yang muncul daripada renungan, penghayatan dalam hati dan anggota badan. Oleh itu wahai hambaNya yang mencari jalan menuju kepadaNya, hendaklah dirimu mengenal ilmu pengetahuan tentang hal ini. Hendaklah dirimu mengatahui bahawa, perkara maksiat, derhaka dan lalai dalam laranganNya adalah punca terbesar wujudnya dosa-dosa. Dosa-dosa pula dinisabahkan dengan perbuatan-perbuatan jahat dan akan tetapi sifat Dia al-Haqq yang sentiasa memberi kemaafan terhadap hambaNya yang bertaubat kepadaNya. Inilah yang telah disebutkan oleh Rabul Ghofur,
Maksudnya : Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Dia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan. Surah as-Syura ayat 25.
Wahai hamba-hambaNya, apakah menyebabkan seseorang itu bergerak untuk bertaubat?. Ketahuilah bahawa, punca terbesar mengenai hal ini adalah disebabkan tiga perkara.
Pertama : Wujudnya ilmu pengetahuan mengenai perbuatan-perbuatan yang mengakibatkan dosa dan azab siksa kerananya. Hati dan perasaan mengeluh agar diri itu bertaubat kepadaNya.
Kedua : Tidak merasa bahawa taubat itu muncul dengan sendirinya melainkan Allah swt lah sebagai pencipta taubat dan Dialah yang telah mengerakkan jiwa atau hati hamba-hambaNya untuk bertaubat. Taubat seperti ini muncul daripada iman si hamba kepada Allah swt. Oleh kerana terkaitnya iman si hamba dengan Tuhannya, maka Dia pasti akan menggerakkan hati si hamba tadi untuk bertaubat.
Ketiga : Wujudnya ketakutan disebabkan perbuatan-perbuatan dosa disebabkan meninggalkan amalan-amalan soleh. Ibaratnya dikatakan bahawa, barangsiapa yang melakukan kejahatan, pasti beroleh hukuman, yakni kejahatan tidak akan dapat lari melainkan dibalasi dengan kejatahan yang sama.
"Ya Allah terimalah taubat-taubat kami".
No comments:
Post a Comment