Sunday, April 25, 2010

Ganjaran dari seruanNya

Berkata Ustaz Muhammad Syamsol...

"Rahsia dan kunci-kunci ma`rifah berada di atas gunung yang tertinggi, maka dakilah melalui jalan yang sama didaki oleh mereka yang telah menemuinya".

"Lagi tinggi gunung itu didaki, maka tinggi pula nilai yang bakal kamu kecapi".

"Ketahuilah, gunung itu adalah mujahadahmu dalam menyahut seruan al-Haqq".

Ketahuilah bahawa, bagi hambaNya akan memperolehi pahala berdasarkan sejauh mana diri hamba menyahut dan melaksanaan seruan. Semakin sukar dan berat suatu seruan yang di seruankan pada diri hamba untuk dilaksanakan, maka semakin banyak dan besar ganjaran pahala yang diberikan olehNya. Ganjaran tambahan bagi diri hamba yang menyahut seruanNya ialah diampunkan dosa-dosa hamba yang terdahulu dan menyelamatkan diri hambaNya daripada siksaan neraka, sebagaimana firmanNya,

Maksudnya : Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadaNya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Surah al-Ahqaf ayat 31.

FirmanNya lagi,

Maksudnya : Bagi orang-orang yang menyahut seruan Tuhan mereka sahajalah balasan yang sebaik-baiknya. Surah ar-Ra`d ayat 18.

No comments:

Post a Comment