Telah berkata Ustaz Muhammad Syamsol…
"Jika benar batinnya maka benar pulalah akhlaknya". (Yakni jika benar hati telah adanya ma`rifah, nescaya kesannya dilihat pada perbuatannya).
Katanya lagi,
"Hendaklah dirimu mengetahui pada setiap fungsi jawarehmu (anggota tubuh), kerana ia berhubung kait dengan penampilanmu".
Hendaklah diri hamba itu mengetahui, memahami dan mengambil pemerhatian terhadap perkara ini. Akhlak hati merupakan antara perkara utama yang telah menjadi perbincangan di kalangan hamba-hambaNya yang mempunyai hati telah bermakrifah. Setiap hambaNya wajib menyerahkan diri hanya padaNya dan wajib memiliki akhlak ini. Ia berkaitan dengan sifat-sifat baik yang di ajar oleh Islam dan ditekankan kepada setiap hamba-hambaNya agar memiliki dan menyandangnya. Akhlak pada hati mengambarkan keadaan batin dan ruhani pada seseorang hamba dan kemudian di zahirkan pada tingkah-laku dan perbuatan. Dengan mengetahui akhlak hati ini, seseorang hamba akan mengetahui rahsia-rahsia perjalanan pada sifat dan watak yang ada padanya. Oleh kerana itu dikatakan bahawa, akhlak hati menyinarkan akhlak zahir pada seseorang hamba.
Akhlak hati adalah pandangan pertama Allah swt terhadap hamba-hambaNya. Akhlak hati dan akhlak zahir kadang-kadang tidak selamanya sama dengan penampilan akhlak hatinya. Seorang hamba yang mempunyai hati yang bermakrifah dan dikuatkan dengan kecerdasannya, pastinya berusaha dengan bersungguh-sungguh mencurahkan pemerhatiannya untuk meluruskan akhlaknya dan menyandang akhlak-akhlak hati yang dicintai Allah swt.
Bagi seseorang hamba yang benar-benar memahami rahsia-rahsia akhlak hati ini, pastinya ia menjauhkan hatinya itu daripada akhlak dan sifat yang tercela. Oleh itu hendaklah hamba itu sentiasa memerhatikan setiap daripada ucapan, perbuatan dan cara bergaul agar dapat membentuk penampilan akhlak hati yang terbaik.
"Ya Allah, perbaikilah akhlak-akhlak kami".
No comments:
Post a Comment