Sunday, May 9, 2010

Niat penuntut Ilmu

Berkata Ustaz Syamsol,


"Diangkat atau tidak akan ilmu dan amalmu adalah berdasarkan niatmu terhadap keduanya".


"Hampir-hampir sahaja semua amalan wajib adanya niat". (Menunjukkan kepada sangat pentingnya niat)



Wahai para pejuang dan penuntut ilmu!. Teruskanlah langkahmu, betulkan niatmu agar setiap ilmu yang dipelajari olehmu ada manfaatnya. Manfaat adalah hasil daripada manfaat yang diambil daripada gurumu. Itu semua adalah anugerah al-Haqq kepadamu. Maka jadilah kamu sebagai golongan yang berakal. Oleh itu juga hendaklah dirimu berniat bahawa tidaklah ilmu itu dipelajari melainkan agar dirimu tidak termasuk golongan yang disifati dengan kejahilan, kerana ketahuilah bahawa, tidak sama antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu, sepertimana al-Haqq telah berfirman,


ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ

ﯷ ﯸ ﯹ ﯺﯻ ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ

Maksudnya : (Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. Surah az-Zumar ayat 9.


Begitu juga, hendaklah dirimu sentiasa berniat bahawa setiap ilmu yang dipelajari olehmu itu, kesan, hasil dan manfaatnya adalah untuk dimanfaatkan juga kepada makhluk-makhlukNya yang lain. Jangan sesekali ilmu itu hanya disimpan untuk dirimu, akan tetapi sebar-sebarkanlah. Hamba-hambaNya yang telah mengambil manfaat daripada ilmumu itu pula akan menyebar-yebarkannya kepada hambaNya yang lain. Inilah ilmu yang diwarisi yang bersumberkan daripada sinaran cahaya al-Haqq. Merekala hamba-hambaNya yang dikasihi al-Haqq. Baginda Nabi saw telah ditanya oleh para sahabatnya,


يَا رَسُولَ اللهِ أَيُّ النَّاسِ أَحَبُّ إِلَى اللهِ ؟ وَأَيُّ الأَعْمَالِ أَحَبُّ إِلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللهِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ"


Maksudnya : Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang sangat dicintai Allah?, dan apakah amalan yang sangat dicintai Allah `Azza waJalla?, maka jawap Rasulullah saw, : "Manusia yang sangat dicintai Allah ialah mereka yang dapat memberi manfaat kepada manusia lain". Riwayat Imam at-Thoroni.


Dalam hadis lain, Nabi saw bersabda,


" وَخَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ "


Maksudnya : Dan sebaik-baik manusia itu ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada manusia lain. Riwayat Ibnu Hajar.


Wahai para penempuh cahayaNya, hendaklah juga dirimu berniat bahawa tidaklah dirimu mempelajari ilmu itu melainkan adalah untuk menghidupkannya agar ilmu itu sentiasa diwarisi manfaatnya. Ketahuilah bahawa, hidupnya itu itu adalah dengan mempelajarinya dan sekiranya tidak ada lagi manusia yang mempelajarinya maka nescaya akan hilang dan malaplah cahayanya. Cahaya itu pula berada di dalam dada para alim ulama al-Muhaqqiqin. Tidaklah cahaya ilmu ini diangkat dengan dicabutnya atau dihilangkan daripada hati, akan tetapi dicabutnya cahaya ilmu adalah diwafatnya para ahli ilmu, yakni para ulama-ulama. Sepertimana yang telah disabdakan oleh Baginda Nabi saw,


" خُذُوا الْعِلْمَ قَبْلَ أَنْ يَذْهَبَ " ، قَالُوا : وَكَيْفَ يَذْهَبُ الْعِلْمُ يَا نَبِيَّ اللهِ ، وَفِينَا كِتَابُ اللهِ ؟ ، قَالَ :

فَغَضِبَ ، ثُمَّ قَالَ : " ثَكِلَتْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ ، أَوَلَمْ تَكُنِ التَّوْرَاةُ وَالْإِنْجِيلُ فِي بَنِي إِسْرَائِيلَ ، فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمْ شَيْئًا ؟ إِنَّ ذَهَابَ الْعِلْمِ أَنْ يَذْهَبَ حَمَلَتُهُ ، إِنَّ ذَهَابَ الْعِلْمِ أَنْ يَذْهَبَ حَمَلَتُهُ "


Maksudnya : Ambillah ilmu sebelum ilmu itu hilang. Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana hilangnya ilmu itu, sementara al-Quran masih lagi ada bersama kami?", jawap Rasulullah saw, "Bukankah telah adanya kitab Taurat dan Injil di tangan Bani Israil, akan tetapi kedua kitab itu tidak dapat memberi manfaat kepada mereka sedikitpun?. Sesungguhnya hilangnya ilmu itu adalah disebabkan hilangnya para ahli ilmu (ulama). Sesungguhnya hilangnya ilmu itu adalah dengan cara hilangnya para ulama (diwafatkan para ulama). Riwayat ad-Darimi.


Sabda Nabi saw lagi,


" إِنَّ اللهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِبَادِ ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ ، حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا ، فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا "


Maksudnya : Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu daripada hamba-hamba itu secara langsung, akan tetapi dicabutnya akan ilmu itu dengan dicabutnya (diwafatkan) para ulama sehingga apabila tidak ada lagi dikalangan ulama, maka manusia akan menjadikan orang-orang bodoh sebagai pemimpin. Kemudian mereka ditanya, lalu mereka memberikan fatwa tanpa didasari ilmu, lalu dia sebenarnya telah sesat dan menyesatkan orang lain. Riwayat al-Bukhari dan selainnya.


Wahai para pelajar yang telah bermakrifah!, hendaklah juga ilmu yang dipelajari olehmu itu diniatkan untuk diamalkan. Ketahuilah bahawa, ilmu adalah cahaya bagi amalan dan meninggalkannya adalah suatu kerugian yang besar dan sia-sia. Sepertimana beramal tanpa itu adalah sia-sia, maka begitu juga tatkala ilmu yang dipelajari apabila tidak diamalkan maka sia-sia juga, sepertimana yang dikatakan oleh ulama-ulama kita. Ada ulama yang bermadah, "Ilmu tanpa amal adalah sia-sia dan amal tanpa ilmu adalah kesesatan".


Wahai para pejuang ilmu yang bermakrifah!, carilah redha al-Haqq. Niatkanlah didalam hatimu. Tidaklah ilmu yang dipelajari olehmu itu melainkan untuk meraih redhaNya, maghfirohNya dan rahmatNya. Jangan sesekali ilmu yang dipelajari olehmu adalah untuk mencari selain daripada redha al-Haqq. Jangan juga untuk meraih kemasyuran, nama, pangkat atau tingkat-tingkatan di dunia. Carilah dan tuntutlah ilmu semata-mata untuk akhiratNya, maka dengan itu dirimu akan selamat. Sepertimana yang telah disabda Baginda Nabi saw,


" مَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا نِيَّتَهُ ، فَرَّقَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْهِ أَمْرَهُ ، وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ ، وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلا مَا كُتِبَ لَهُ ، وَمَنْ كَانَتِ الآخِرَةُ نِيَّتَهُ ، جَعَلَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ ، غِنَاهُ فِي قَلْبِهِ ، وَجَمَعَ لَهُ أَمْرَهُ ، وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ "


Maksudnya : Barangsiapa yang niatnya adalah semata-mata hanya untuk dunia, maka Allah akan mencerai-beraikan atas orang itu segala urusanNya, dan Allah akan faqirkan diantara dua matanya, serta tidak akan mendatangi orang itu dari dunia melainkan sebatas apa yang telah ditentukan Allah untuk orang itu. Barangsiapa yang niatnya adalah untuk semata-mata akhirat, maka Allah menghimpunkan kekuatan (urusannya) dan menjadikan kecukupanNya di dalam hatinya, dihimpunkan juga di dalam urusannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina. Riwayat Musnad Abu Daud, Ibnu Majah dan selainnya.


Al-Haqq juga telah berfirman,


Maksudnya : Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat. Surah as-Syuro ayat 20.


Wahai para pelajar!, teruskanlah menuntut ilmu walaupun dirimu masih belum mampu untuk membetulkan atau membenarkan niatmu itu. Ketahuil bahawa, menuntut ilmu dan mempelajarinya adalah lebih utama lagi daripada meninggalkannya kerana dengan adalah ilmu yang dipelajari sedikit sebanyak dapat mendidik hatinya agar niatnya dapat dibetulkan dan dibenarkan.


Telah berkata Ustaz Muhammad Syamsol lagi,


"Niat sebahagian daripada ilmu dan amal, sepertimana berakhlak baik itu sebahagian daripada iman".


"Kadang-kadang dengan niat menguatkan daya upaya pada diri seseorang, kerana ia mengajar tentang keyakinan".



"Ya Allah, terimalah amalan-amalan kami".

Ahli Zikri

Al-Haqq juga telah memerintahkan agar dirimu bertanya kepada mereka yang ahli tentang KitabNya dan Sunah NabiNya yang mulia, seperti mana firmanNya,


 

Maksudnya : ...Bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui. Surah an-Nahl ayat 43.


 

Ketahuilah wahai para pejuang ilmu!, "Ahlal Zikri" yang dimaksudkan ialah para alim ulama. Sekiranaya dirimu mahu mengetahui tentang ilmu hukum-hakam, perintah suruhan dan larangan, maka rujuk dan bertanyalah kepada Fuqaha (ulama feqh). Barangsiapa yang mahukan ilmu yang berkaitan dengan suluk (tasawuf) maka rujuk dan bertanyalah kepada para `Arifin Billah (ahli Tasawuf). Para fuqaha berfatwa kepadamu tentang persoalan dalam hal ibadahmu, muamalahmu dan sebagainya. Dirimu akan mengetahui sesuatu hukum itu melalui lidah-lidah mereka, manakala para `Arifin Billah pula berfatwa kepadamu tentang rahsia-rahsia ibadahmu, jalan membersihkan hatimu, adab-adab belajar dan sebagainya. Mereka adalah "Ahlal Zikri" seperti mana yang difirman al-Haqq.


 

Berkaitan dengan ayat ini juga, Nabi saw pernah bersabda,


 

لا يَنْبَغِي لِلْعَالِمِ أَنْ يَسْكُتَ عَلَى عِلْمِهِ، وَلا يَنْبَغِي لِلْجَاهِلِ أَنْ يَسْكُتَ عَلَى جَهْلِهِ "


 

Maksudnya : Tidak seharusnya bagi orang yang berilmu ilmu untuk mendiamkan dirinya daripada ilmunya (tidak menyampaikan), dan tidak seharusnya bagi orang yang jahil mendiamkan dirinya atas kejahilannya. Riwayat at-Thobroni.


 

Seperti mana juga telah dikatakan oleh Abu Hurairah r.hu, Malik bin Anas dan Ibnu Sirrin,


 

" إِنَّ هَذَا الْعِلْمَ دَيْنٌ فَانْظُرُوا عَمَّنْ تَأْخُذُونَ دَيْنَكُمْ "


 

Maksudnya : "Sesungguhnya ilmu ini adalah (termasuk) agama, maka lihatlah terlebih dahulu daripada siapa kamu mengambil agama kamu".


 

Oleh itu, selayaknya bagimu mengambil ilmu melalui ahli-ahlinya. Mereka adalah para pewaris Nabi, mereka adalah hamba-hambaNya yang terpecaya di muka bumi dan dengan lidah serta usaha merekalah maka tertegaknya hukum-hakam agama ini. Muliakan mereka seperti mana mulianya ilmu, nescaya al-Haqq akan memuliakanmu di dunia dan di akhirat. Baginda Nabi saw telah bersabda,


 

" أَكْرِمُوا الْعُلَمَاءَ ، فَإِنَّهُمْ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ ، فَمَنْ أَكْرَمَهُمْ فَقَدْ أَكْرَمَ اللهَ وَرَسُولَهُ "

    

Maksudnya : Muliakanlah para ulama, maka sesungguhnya mereka adalah pewaris para Nabi-nabi. Barangsiapa yang memuliakan mereka, maka sesungguhnya ia telah memuliakan Allah dan RasulNya". (Yakni nescaya Allah dan Rasul juga akan memuliakan orang yang memuliakan para ulama). Riwayat Khotib al-Baghdadi.


 


 

"Ya Allah, jadikan dan himpunkan kami bersama-sama Ahli ZikriMu…"

Saturday, May 1, 2010

Ilmu yang Utama

Telah berkata Ustaz Muhammad Syamsol,


"Di antara yang utama, ada lagi yang lebih utama".


"Kunci bagi segala ilmu adalah ma`rifatullah".


Ketahuilah bahawa, apabila di tanya, di antara banyaknya ilmu-ilmu, manakah ilmu yang paling utama sekali untuk dipelajari?. Kami menjawap, "Ilmu yang berhubungan dengan al-Haqq". Bila ditanya lagi, sedalam mana perlu mempelajarinya?, maka jawap kami, "sekadar yang dirimu mampu walaupun sedikit tetapi kamu termasuk para penuntunya".
Kami maksudkan di sini ialah berkaitan dengan ilmu makrifah dan ilmu ini disebut sebagai ilmu Tauhid serta termasuk dalam ilmu Aqidah. Inilah ilmu yang paling utama untuk dipelajari kerana al-Haqq tidak akan menerima apa sahaja amalan kebaikan sekiranya si pengamal tidak berpegang kepada Aqidah dan landasan sebenar ajaran dan agamaNya. Takkan mungkin seseorang yang beramalan soleh diterima amalannya sekiranya ia masih belum lagi mahu beriman terhadap taqdir yang baik ataupun yang buruk. Begitu juga terhadap perkara-perkara yang lain. Nabi saw pernah ditanya,


يَا رَسُولَ اللهِ ، أَيُّ الأَعْمَالِ أَفْضَلُ ؟ قَالَ : " الْعِلْمُ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ " ، قَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ: أَيُّ الأَعْمَالِ

أَفْضَلُ ؟ قَالَ : " الْعِلْمُ بِاللهِ " ، قَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ ، أَسْأَلُكَ عَنِ الْعَمَلِ وَتُخْبِرُنِي عَنِ الْعِلْمِ ، فَقَالَ

رَسُولُ اللهِ: " إِنَّ قَلِيلَ الْعَمَلِ يَنْفَعُ مَعَ الْعِلْمِ ، وَإِنَّ كَثِيرَ الْعَمَلِ لا يَنْفَعُ مَعَ الْجَهْلِ "


Maksudnya : Ya Rasulullah, manakah amalan-amalan yang paling utama dan teristimewa?, jawap Baginda, "Ilmu tentang Allah Yang Maha Gagah Lagi Maha Agung (berkaitan dengan ilmu Tauhid)", orang itu bertanya lagi, manakah amalan-amalan yang paling utama dan teristimewa?, jawap Baginda, "Ilmu tentang Allah", orang itu berkata lagi, Ya Rasulullah, aku bertanya kepadamu tentang amalan dan khabarkanlah kepadaku berkaitan dengan ilmunya, maka Baginda berkata, "Sesungguhnya amalan yang sedikit ilmu lebih bermanfaat sekiranya amalan yang dilakukannya itu disertai dengan ilmu, dan sesungguhnya amalan yang banyak tidak dapat memberi manfaat sekiranya disertai dengan kejahilan". Riwayat Ibnu Abi Barr dengan sanad daripada Ibnu Mas`ud dengan riwayat yang soleh (diterima).


Wahai para pejuang!, pelajarilah ilmu-ilmu yang utama. Diriku wasiatkan dirimu agar sentiasa berterusan menjadi ahli ilmu dan mereka adalah para penuntut yang tidak mengenal jemu dan lelah. Selain dirimu diperintah untuk mempelajari ilmu yang berkaitan dengan al-Haqq, dirimu juga diperintah untuk mempelajari ilmu yang berkaitan dengan hukum-hakamNya, sunah-sunah NabiNya dan ilmu Faraid (ilmu waris) untuk melaksanakan keadilan. Seperti mana yang disabdakan oleh Nabimu yang mulia,


"الْعِلْمُ ثَلَاثَةٌ وَمَا سِوَى ذَلِكَ فَهُوَ فَضْلٌ آيَةٌ مُحْكَمَةٌ ، أَوْ سُنَّةٌ قَائِمَةٌ ، أَوْ فَرِيضَةٌ عَادِلَةٌ "


Maksudnya : Ilmu itu ada tiga dan selain daripadanya adalah tambahan, pertama ialah ilmu muhkam (hukum-hakam), kedua ialah sunah yang ditegakkan, ketiga ialah ilmu faraid yang adil. Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah.


Ketahuilah wahai hambaNya yang telah bermakrifah!, khazanah ilmu itu tertutup sehinggalah para penuntut ilmu datang membuka dengan kuncinya. Maka hendaklah kamu hadir ke halaqoh-halaqoh ilmu dengan membaca kuncinya. Ketahuilah bahawa, kuncinya adalah dengan bertanya. Tidak akan ditimpa kerugian buat selama-lamanya bagi mereka yang bertanya tentang ilmu yang di amalkan, bahkan al-Haqq akan sentiasa merahmatinya. Dengan pertanyaan, mereka dikurniakan pahala daripada al-Haqq, seperti mana yang disabdakan oleh Baginda Nabi saw,


" الْعِلْمُ خَزَائِنُ وَمِفْتَاحُهَا السُّؤَالُ ، فَاسْأَلُوا يَرْحَمْكُمُ اللَّهُ ، فَإِنَّهُ يُؤْجَرُ فِيهِ أَرْبَعَةٌ : السَّائِلُ ، وَالْمُعَلِّمُ ، وَالْمُسْتَمِعُ ، وَالْمُجِيبُ لَهُمْ "


Maksudnya : "Ilmu itu adalah khazanah yang tersimpan dan kunci untuk membukanya adalah dengan pertanyaan, maka bertanyalah, Allah akan merahmati kamu, maka sesungguhnya Dia akan memberi balasan pahala disebabkan pertanyaan tadi kepada empat golongan, pertama ialah yang bertanya, kedua ialah guru, ketiga ialah orang yang mendengar dan keempat ialah mereka yang menyahut (mencintai)semua golongan itu." Riwayat Abu Na`im.



"Ya Allah, hidupkanlah hati-hati kami dengan ilmu dan limpahan RahmatMu"

Friday, April 30, 2010

Jadikan Ilmu sebagai teman

Telah berkata Ustaz Muhammad Syamsol,


 

"Jadikan ilmu sebagai teman pada permulaan hari"


 

Kertahuilah wahai para penuntut ilmu, sayangilah ilmu nescaya dirimu akan selamat!. Kata Imam as-Syafie r.a,


 

"Barangsiapa yang tidak sayangkan ilmu, nescaya tiada kebaikan kepadanya", katanya lagi, "Sesungguhnya ilmu itu dapat menghidupkan hati".


 

Oleh itu, jadikan siangmu sebagai sarana untuk mendapatkan seberapa banyak yang mungkin ilmu-ilmu yang bermanfaat. Ketahuilah bahawa, barangsiapa yang disibukkan dengan menuntut ilmu semata-mata mengharapkan al-Haqq, nescaya al-Haqq akan menganugerahkan rezeki padanya yang tidak di duga-duga, begitu juga syurga itu sendiri akan mencarinya sebagai tanda dan khabar gembira buat penuntut ilmu. Bahkan telah dikhabarkan bahawa, barangsiapa maut mendatanginya sedangkan ia sedang menuntut ilmu, maka matinya dalam keadaan syahid. Oleh itu wahai para pejuang ilmu, sayangilah ilmu dan jadikanlah ia sebagai temanmu, jagalah ilmu seperti mana menjaga dirimu sendiri. Muliakan juga ilmu, nescaya al-Haqq akan memuliakanmu dan jauhilah bersifat jahil kerana ia mengundang kekejian dan kehinaan di dunia dan di akhirat. Daripada setiap langkahanmu adalah pahala buatmu, sehingga kamu sampai menuju ke halaqah ilmu. Dikhabarkan bahawa, baginda telah bersabda yang bermaksud,


 

"Barangsiapa yang berjalan menuju ke halaqah orang alim (guru), bagi setiap langkahnya itu diberi seratus pahala kebajikan. Apabila dia duduk mendengarkannya, maka ia diberi pula satu kebajikan bagi setiap kalimah yang didengarinya."


 

Wahai hati yang telah bermakrifah!, hendaklah dirimu meniatkan bagi setiap ilmu yang dipelajari adalah sebagai tujuan untuk memperbaiki hubungan dirimu dengan al-Haqq. Mintalah agar al-Haqq sentiasa menganugerahkan kepadamu kefahaman kerana kefahaman atau salah satu maqam yang teristimewa yang diberikan al-Haqq kepada para penuntut ilmu yang ikhlas. Pelajari ilmu itu sehingga dirimu faham mengenai kedudukan, keistimewaan dan kaedah mengamalkannya. Jangan sesekali membiarkan dirimu beribadah kepada al-Haqq tanpa ilmu pengetahuan tentangNya. Janganlah menjadi seorang `abid (ahli ibadah) yang jahil, tetapi jadilah seorang yang faqih (faham dengan ilmu). Ketahuilah bahawa, warak adalah penyebab kepada tersungkurnya pergerakan syaitan untuk memperdayakanmu. Tanda ilmu telah berada di dalam hatimu ialah apabila dirimu semakin berhati-hati terhadap apa yang dihadapkan kepadamu. Inilah namanya warak. Baginda Nabi saw juga sangat-sangat mencintai terhadap golongan para penuntut ilmu berbanding golongan yang rajin beribadah tetapi kosang tanpa ilmu. Telah disebutkan di dalam hadis, Nabi saw telah bersabda,


 

" فَضْلُ الْعِلْمِ خَيْرٌ مِنْ فَضْلِ الْعِبَادَةِ ، وَخَيْرُ دِينِكُمُ الْوَرَعُ "


 

Maksudnya : Ketinggian, kelebihan ilmu itu lebih baik daripada kelebihan ibadah (tanpa ilmu), dan kebaikan dalam agamu ialah dengan warak (menjauhi perkara yang berakibat dosa dan syubahat. Riwayat Ibnu Abi Syaibah.


 

Wahai para pejuang, bermujahadahlah!, teruskan langkahmu menuju al-Haqq melalui pintu-pintu ilmu. Tuntutlah ilmu sebelum beramal. Bahkan menuntut ilmu itu lebih baik daripada amalan tanpa ilmu pengetahuan. Seseorang yang berniat menuntut ilmu kerana al-Haqq sudah semestinya mendapat ganjaran pahala yang besar daripadaNya, walaupun begitu seseorang yang beramal tidak semestinya mendapat ganjaran pahala sekiranya amalannya bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh al-Haqq. Oleh sebab itulah menuntut ilmu itu lebih besar ganjarannya berbanding beramal tanpa terlebih dahulu mempelajari cara-cara untuk beramal. Seperti mana yang telah disabdakan Baginda Nabi saw,


 

" الْعِلْمُ أَفْضَلُ مِنَ الْعَمَلِ ، وَخَيْرُ الأَعْمَالِ أَوْسَطُهَا"


 

Maksudnya : "Ilmu itu lebih baik dan utama daripada amalan, dan sebaik-baik amalan itu adalah pada pertengahannya". Riwayat al-Baihaqi.


 

Wahai para penuntut ilmu!, jika dirimu mahukan al-Haqq menganugerahkan kepadamu ilmu-ilmu daripada khazanahNya, maka mulakanlah langkahan awal siangmu dengan menuntut ilmu. Ilmu itu diperolehi dengan belajar. Baginda Nabi saw memperoleh ilmu daripada Malaikat Jibril as dan Malaikat-malaikat yang lain juga, selain ilmu yang secara langsung di ajar oleh al-Haqq kepada Nabi saw. Oleh itu, perhatikanlah dan renungilah bahawa, ilmu itu diperolehi adalah dengan belajar. Sebelum dirimu menjadi pengajar, maka jadilah terlebih dahulu sebagai pelajar. Bahkan Baginda Nabi saw, para MalaikatNya dan para sahabatnya tidak sekali-kali mengajarkan ilmu yang tidak mereka ketahui. Maka jelaslah bahawa, ilmu itu adalah dengan belajar, seperti mana yang disabdakan Nabi saw,


 

إِنَّمَا الْعِلْمُ بِالتَّعَلُّمِ


 

Maksudnya : Sesungguhnya
Ilmu itu adalah dengan mempelajarinya (adanya hubungan guru dan pelajar). Riwayat Khotib al-Baghdadi.


 

"Ya Allah, ajarkanlah kepada kami ilmu yang dapat kami beramal dengannya".

Disiplin Ilmu

Berkata Ustaz Muhammad Syamsol,


"Jika ilmu itu tiada disiplinnya, nescaya manusia tidak boleh membahagikan cabang-cabangnya".


"Jika dirimu mahu merasai kemanisan ilmu, maka berdisiplinlah sewaktu mempelajarinya"


Ketahuilah olehmu!, dalam bermujahadah menuntut ilmu, dirimu perlu sentiasa melatih daya pemikiran dan pelakuanmu supaya dirimu sendiri dapat mengawal diri dan patuh pada tatatertib. Inilah disiplin namanya. tidakkah dirimu melihat banyak urusan manusia itu wujudnya tatatertib dan peraturan?. Apakah kesannya jika ia tidak mengikuti tatatertib dan melanggar peraturan?. Begitulah juga dengan ilmu. Bawalah dirimu ke mana sahaja dengan ilmu. Berdakwah, berwasiat dan bernasihatlah. Mulailah dengan dirimu terlebih dahulu sebelum dakwah, wasiat dan nasihat itu disampaikan kepada manusia yang lain. Jadilah hambaNya yang berakal, kerana hanya mereka yang berakal sahajalah yang ada dakwah, wasiat dan nasihat dalam dirinya serta kebaikan itu bermula daripada dirinya, kemudian di sampaikan kepada manusia lain. Bahkan sekiranya mereka hanya menyuruh manusia lain melakukan kebaikan, sedangkan dirinya sendiri dibiarkan dalam kelalain dan keburukan, maka ia bukanlah dikatakan manusia yang berakal. Janganlah dirimu seperti orang-orang Yahudi ini, seperti mana firmanNya,


أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلا تَعْقِلُونَ


Maksudnya : Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berpikir?. Surah al-Baqoroh ayat 44.


Asbabun ayat : Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa turunnya ayat tersebut di atas (S.2: 44) tentang kaum Yahudi Madinah yang pada waktu itu berkata kepada mantunya (abang ipar, kaum kerabatnya dan saudara sesusunya yang telah masuk agama Islam: "Tetaplah kamu pada agama yang kamu anut (Islam) dan apa-apa yang diperintahkan oleh Muhammad, karena perintahnya benar." Ayat ini menunjukkan bahawa Ia menyuruh orang lain berbuat baik, tapi dirinya sendiri tidak mengerjakannya. Maka turunlah ayat ini (S. 2: 44) sebagai peringatan kepada orang yang melakukan perbuatan seperti itu.
(Diriwayatkan oleh al-Wahidi dan ats-Tsa'labi dari al-Kalbi, dari Abi Shaleh yang bersumber dari Ibnu Abbas.)


Ketahuilah wahai penuntut-penuntut ilmu. Ilmu adalah hujah antaramu dengan al-Haqq kelak di akhirat. Maka lihatlah ilmu yang hendak dirimu pelajari. Pisahkan antara ilmu yang hak dan yang batil. Takkan mungkin kedua ilmu ini boleh bersama dalam dirimu dalam satu-satu masa. Inilah waktu dan masanya untuk dirimu memperbaiki hubunganmu dengan al-Haqq. Inilah juga waktu dan masanya untuk dirimu tidak terputus hungan dengan Nabimu yang mulia. Pelajarilah ilmu yang bermanfaat, kerana ia adalah kunci kepada disiplin ilmu itu sendiri. Jika ditanya apakah kesan terhadap ilmu yang memberi manfaat itu?, maka jawapnya ialah, ilmu yang bermanfaat itu akan meresap di dalam jiwamu dan tanda-tandanya ialah ilmu itu membimbingmu kepada al-Haqq dan kepada semua kebaikan dalam beramal yang mendatang redha dan cintaNya. Diriku meriwayatkan hadis ini daripada guruku dan dengan sanad yang bersambung sehingga kepada baginda mulia, sabda baginda Nabi saw,


"الْعِلْمُ عِلْمَانِ : عِلْمٌ فِي الْقَلْبِ فَذَاكَ الْعِلْمُ النَّافِعُ، وَعِلْمٌ عَلَى اللِّسَانِ فَتِلْكَ حُجَّةُ اللهِ عَلَى عِبَادِهِ "


Maksudnya : Ilmu itu terbahagi kepada dua :

Pertama : Ilmu yang meresap ke dalam hati dan inilah yang disebut sebagai ilmu yang memberi manfaat.

Kedua : Ilmu yang hanya ada pada lisan (lidah dan kata-kata tetapi kosong daripada amal dan ikhlas).

Kedua-dua ilmu ini akan menjadi hujah kepada Allah terhadap hamba-hambaNya.

Riwayat Ibnu Abi Syaibah. Diriwatkan juga oleh ad-Darimi. Hadis ini juga dikatakan datangnya daripada Imam Hasan al-Basri dan Fudhail bin `Iyadh.


Telah berkata Imam as-Syafie r.hu,


"إِنَّمَا الْعِلْمُ عِلْمَانِ ، عِلْمُ الدِّينِ وَعِلْمُ الدُّنْيَا، وَالْعِلْمُ الَّذِي لِلدِّينِ فَهُوَ الْفِقْهُ، وَالْعِلْمُ الَّذِي لِلدُّنْيَا فَهُوَ الطِّبُّ، وَمَا سِوَى ذَلِكَ مِنَ الشِّعْرِ وَالنَّحْوِ فَهُوَ غِنَاءٌ أَوْ عَبَثٌ "


Maksudnya : Sesungguhnya apa yang dikatakan ilmu itu ada dua,

Pertama : Ilmu agama,

Kedua : Ilmu dunia.

Ilmu yang dipelajari untuk tujuan agama adalah ilmu feqh dan ilmu yang dipelajari untuk dunia adalah seperti ilmu perubatan. Dan selain ilmu syair dan nahu (tatabahasa arab) adalah sia-sia (selain ilmu feqh, syair, tatabahasa arab adalah sia-sia seperti mana nyanyian).


Wa Allahu `Alam.

Kesungguhan menuntut ilmu

Telah berkata Ustaz Muhammad Syamsol dalam kuliah tasawufnya yang terbaru,


 

"Kesungguhan bukan perkara yang dikhayalkan atau di angan-angankan, tetapi wujudnya perlaksanaan yang segera".


 

"Jika kamu berminat dengan anugerahNya, maka bersungguhlah dalam menuntut ilmu".


 

Ketahuilah wahai pejuang ilmu!, ilmu tidak dapat dicapai dan diraih melainkan dengan kesungguhan. Jadikanlah permulaan pada awal siangmu dengan menuntut ilmu. Belajarlah dan beristiqomahlah walaupun bermula daripada rumahmu sendiri. Ketahuilah juga bahawa, semakin bertambah keletihan dan kesukaranmu dalam menuntut ilmu, maka semakin bertambah mulialah ilmu yang dipelajari. Kemulian tidak mungkin dapat dicapai dengan jalan mudah dan bersifat malas,melainkan dengan kerajinan dan usaha yang berterusan. Tidak mungkin bagi seseorang yang menyibukkan dirinyapada siang harinya dengan dunianya dan menyibukkan waktu malamnya dengan teman-temannya akan menjadi seorang yang faqih. Untuk menjadi hambaNya yang berilmu maka pengorbanan masa, tenaga, diri dan harta perlu ada bagi seseorang yang mahu meraih kunci-kunci khazanahNya itu. Seseorang perlu membawa tintanya, buku catatannya dan akal budinya yang bersih untuk mencatat segala rahsia-rahsia ilmu dan cabang-cabangnya. Teruskan mendengar dan mempelajarinya sehingga ajal menjemputmu, kerana ganjarannya adalah syurga. Seperti mana diriku telah meriwayatkan hadis yang bersambung sanadnya kepada baginda mulia, sabda Nabi saw,


 


لَنْ يَشْبَعَ الْمُؤْمِنُ مِنْ خَيْرٍ يَسْمَعُهُ حَتَّى يَكُونَ مُنْتَهَاهُ الْجَنَّةُ "


 

Maksudnya : Seorang mukmin sekali-kali tiudak akan merasai kenyang daripada kebaikan (ilmu). Dia akan terus mendengar dan mempelajari ilmu sehingga (maut menemuinya) dan akhir tempatnya adalah syurga. Hadis riwayat Ilmam at-Tirmizi.


 

Wahai pejuang ilmu!, bermujahadahlah dan teruskan mujahadahmu itu, nescaya dirimu akan melihat hasilnya. Seharusnya seorang pejuang ilmu itu perlu menundukkan hawa nafsunya sewaktu menuntut ilmu kerana hawa nafsumu itu akan sentiasa melemahkan semangatmu dalam berjuang mendapatkan kemulian ilmu. Oleh itu hendaklah zikir-zikir dan wirid-wiridmu menjadi benteng dalam jiwamu agar hawa nafsu tidak melemahkan semangat mujahadahmu. Berdisiplinlah juga sewaktu menuntut ilmu, kerana disiplin ilmu tidak akan dicapai dengan angan-angan, tidak pula dengan kata-kata akan, mudah-mudahan atau seandainya aku. Ketahuilah bahawa, ilmu dan kemuliaannya tidak akan dicapai kecuali terhadap mereka yang bersungguh-sungguh dan menguatkan keyakinannya terhadap dirinya. Ketahuilah juga bahwa, takkan mungkin kemuliaan, manfaat, kebaikan dan cahaya ilmu itu diperolehi daripada para pemalas. Oleh itu, bangunlah dan sedarkanlah dirimu tentangnya, kelebihan dan kemuliaannya. Datanglah ke majlis-majlis dank e taman-tamannya. Di sana nanti dirimu akan melihat gedung-gedung dan khazanah-khazanahnya. Hanya waktu dan masa sahaja yang memisahkan dirimu dengannya. Berlumba-lumbalah untuk meraihnya dan tekunlah sewaktu mempelajarinya.


 

Ingatlah bahawa!, ilmu itu adalah cahaya dan pelita bagi hati. Ilmu adalah kunci ma`rifahmu kepadaNya. Manusia diperintah menyembahNya dengan ilmu yang datang daripadaNya juga. Ingatlah bahawa, hanya manusia yang jahil sahaja yang tidak mengenalnya. Wahai kamu!, janganlah dirimu menjadi manusia yang jahil kepadaNya, walaupun ketika itu kamu mengaku kamu jahil tentangNya. Inilah basit namanya. Jika manusia itu jahil dan tidak mengaku ia sebagai yang jahil, maka ini murokab namanya. Hendaklah dirimu hindarkan menjadi seperti keduanya.


 

"Ya Allah, kurniakanlah kamu kesungguhan dan istiqomah".

Ilmu Yang Bermanfaat

Telah berkata Ustaz Muhammad Syamsol,


"Mulakanlah waktu siangmu dengan mempelajari ilmu yang bermanfaat, nescaya pada waktu-waktu yang lain juga bermanfaat juga buatmu".


Menuntut ilmu yang bermanfaat.


Wahai jiwa yang memerlukan pandangan Rahmat dan Kasih SayangNya kepadamu, hendaklah dirimu sentiasa dalam keadaan berzikir kepada al-Haqq. Sama ada zikir pada lisan dan hatimu atau salah satu di antara keduanya. Jika dirimu sanggup, maka teruskan dengan membaca tasbih, tahmid, takbir dan tahlil dengan sebanyak-banyaknya. Sekiranya dirimu telah dipilih al-Haqq untuk menguruskan kehidupan dengan pelbagai aktiviti, maka lakukanlah dengan sebaiknya. Jujurlah dalam setiap urusan di dalam pekerjaanmu itu. Jika dirimu dipilih untuk menuntut ilmu di awal pagi atau sekira-kira selepas masuknya waktu Dhuha, maka persiapkanlah segala persiapan dengan sebaik yang mungkin. Dalam sebuah hadis, Nabi saw telah bersabda yang bermaksud,


"Barangsiapa diwaktu pagi ia berangkat daripada rumahnya untuk mencari ilmu, maka ia itu sedang berada di jalan Allah sehinggalah ia pulang kembali kerumahnya". Kitab Qutul Qulub.


Sabda Nabi saw lagi,


عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فِي فَضْلِ طَالِبِ الْعِلْمِ ، أَنَّهُ قَالَ : " مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ فِيهِ عِلْمًا سَلَكَ اللهُ بِهِ طَرِيقًا مِنْ طُرُقِ الْجَنَّةِ، وَأَنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا لِطَالِبِ الْعِلْمِ ".


Maksudnya : Daripada Abi Darda`, daripada Nabi saw, mengenai fadhilat menuntut ilmu, bahawasanya baginda telah bersabda, "Barangsiapa yang berusaha dengan bersungguh-sungguh mencari jalan untuk menuntut ilmu, akan ditunjuki oleh Allah baginya akan jalan daripada (menuju) kepada syurga, dan bahawasanya para Malaikat itu sentiasa merendahkan sayapnya kepada penuntut ilmu".


Sabda baginda Nabi saw lagi,


" مَنْ دَخَلَ مَسْجِدَنَا هَذَا لِيَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يُعَلِّمَهُ، كَانَ كَالْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللهِ، وَمَنْ دَخَلَهُ لِغَيْرِ ذَلِكَ كَانَ كَالنَّاظِرِ إِلَى مَا لَيْسَ لَهُ "


Maksudnya : "Barangsiapa yang masuk ke masjid kami ini, untuk mempelajari ilmu yang membawa kepada kebaikan atau dia mengajarkannya, adalah ia itu seperti mana seorang mujahid di jalan Allah, dan barangsiapa yang masuk ke dalam masjid untuk selain daripada itu, adalah ia seperti mana menyaksikan kepada apa yang bukan untuknya". Sahih Ibnu Hibban.


Hadis ini menunjukkan kelebihan menuntut ilmu di masjid.


Sabda baginda Nabi saw lagi,



"وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا قَعَدَ قَوْمٌ فِي مَسْجِدٍ يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ، وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ"


Maksudnya : "Dan barangsiapa yang berusaha dengan bersungguh-sungguh mencari jalan dengan tujuan semata-mata menuntut ilmu, akan dipermudahkan Allah baginya itu jalan menuju ke syurga, dan tidaklah satu kaum itu duduk di dalam masjid, sambil mereka itu mempelajari Kitabullah (al-Quran atau ilmu yang berkaitan) dan adanya orang yang mengajar di antara mereka kecuali diturunkan ketenangan ke atas mereka, sambil mereka diluputi dengan Rahmat, mereka juga dikelilingi oleh para Malaikat". Sunan at-Tirmizi.


Berkata pula Ibnu Mas`ud r.hu,


"Jelanglah waktu pagimu itu dalam keadaan mengajar, belajar atau mendengar ilmu. Janganlah engkau menjadi yang keempat, kerana engkau akan celaka (rugi)".


Kami berkata (penulis), maksud "janganlah engkau menjadi yang keempat", yakni seseorang yang melakukan sesuatu kerja yang tidak dinilai ibadah dan yang tidak membawa manfaat pada diri dan orang lain.


Kata Abu Zar al-Ghifari r.hu,


"Menghadiri majlis ini itu lebih utama daripada solat sunat seribu rakaat, lebih utama daripada mengurus seribu jenazah dan mengziarahi seribu orang sakit".


Hadis ini menunjukkan kepada pahala bagi seseorang yang menuntut ilmu.


Abu Zar r.hu ditanya mengenai orang yang membaca al-Quran dan adakah menghadiri mejlis itu lebih utama, maka jawapnya,


"Tidak akan bernilai (member manfaat dan pahala) akan bacaan al-Quran, melainkan diikuti dengan ilmu (membaca al-Quran dengan ilmunya)".


Ketahuilah wahai para pejuang di jalanNya!, sesungguhnya ilmu yang dipelajari dan mengajarkannya adalah lebih tinggi dan lebih utama jika dibandingkan dengan semua perbuatan yang dilakukan untuk mendekati diri kepada Allah swt. Walaupun begitu, hendaklah dirimu bijak dalam mencari dan mengajarkan ilmu kerana bukan semua itu wujudnya berkah, manfaat dan kebaikannya. Ketahuilah bahawa, hanya ilmu yang memberi manfaat sahajalah yang akan member sinar dalam amalan dan kehidupanmu di dunia dan di akhirat. Telah berkata al-Imam Ibnu `Atoillah as-Sakandari r.hu di dalam kitabnya yang bernama al-Hikam,


العلمْ النافعُ هُو الذي يَنْبَسِط في الصدر شعاعُه ، ويُكْشَفُ به عن القلبِ قناعُه ، خَيرُ العلم ما كانت الخشيةُ مَعَه؛ والعلم إن قارَنَتْهُ الخشيةُ فَلَكَ؛ وإلا
فَعَلَيْكَ


Maksudnya : "Ilmu yang memberi manfaat itu ialah itu yang memancarkan atau menghamparkan cahayanya di dalam dada dan membuka atau menyingkap hijap pada hati. Sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang disertai perasaan takut kepada Allah dan sekiranya ilmu yang disertai dengan perasaan takut kepada Allah, maka ia akan menguntungkan kamu dan sekiranya tidak, maka ia akan membahayakan kamu".


Ketahuilah bahawa, ilmu yang bermanfaat itu ada cahayanya. Tidaklah wujudnya cahayanya melainkan datangnya daripada cahayaNya. Ketahuilah juga, kefahaman itu adalah cahayanya. Sekiranya al-Haqq menghendaki kebaikan kepadamu nescaya Dia akan anugerahkan maqam kefahaman daripada ilmu yang bermanfaat yang telah dirimu pelajari, seperti mana yang disabdakan baginda Nabi saw,


" مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَإِنَّمَا الْعِلْمُ بِالتَّعَلُّمِ "


Maksudnya : Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan kepadanya, nescaya Dia akan fahamkannya dalam agama, dan sesungguhnya itu itu hanya dengan belajar. Sahih al-Bukhari.


Allah swt telah memulai dengan diriNya sendiri, kemudian dengan para Malaikatnya dan selanjutnya para ahli ilmu.


FirmanNya,


Maksudnya : Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya Dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) Dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang Yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga Yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Surah Ali Imran ayat 18.


FirmanNya lagi,


Maksudnya : Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan. Surah al-Mujadalah ayat 11.



"Ya Allah, kuatkan kami dalam menuntut ilmu keranaMu".