Ustaz Muhammad Syamsol telah menafsirkan ayat ini dalam kuliah tafsirnya..
ﭧ ﭨ
ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ
ﭑ ﭒ ﭓ
ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮﭯ
ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ
107. Tidakkah kamu mengetahui bahwa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah? Dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung maupun seorang penolong.
Penafsiran ayat 107 surah al-Baqarah.
ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ
Dalam ayat ini Allah swt memberi petunjuk kepada hamba-hambaNya bahawa hanya Dialah Allah yang telah menciptakan alam dan di dalam alam itu Dia ciptakan pula kerajaan serta diperintahkan pula agar hamba-hambaNya mengetahui bahawa Dialah sahaja pemilik bagi segala alam dan kerajaan itu, sama ada di di langit mahupun di bumi. Dialah Allah swt yang telah menciptakan makhlukNya dan Dialah juga yang mentadbir dan yang menguasai segala apa yang diciptaNya. Oleh itu itulah, pada awal lafaz ayat ini, Allah swt bertanya kepada hamba-hambaNya bahawa tidakkah dikalangan hamba-hambaNya telah mengetahui melalui apa yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah saw bahawa hanya Dialah sahaja yang mempunyai semua kerajaan yang berada di langit dan di bumi?, ataukah dikatakan apakah belum lagi dikhabarkan kepada mereka bahawa kerajaan atau apa sahaja yang ada pada mereka semuanya itu datangnya daripada kurniaan Allah swt?. Tidakkah mereka mengetahui bahawa Dialah Allah swt yang berkuasa memberi kerajaan dan kekuasaan kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki, sama ada daripada golongan yang beriman atau kafir?. Tidakkah juga mereka mengetahui bahawa Dialah Allah swt yang berkuasa menghidupkan dan mematikan siapa sahaja yang Dia kehendaki?. Dan tidakkah mereka mengetahui bahwa Allah melapangkan rezki dan menyempitkannya bagi siapa yang dikehendaki-Nya?. Tidakkah juga mereka memperhatikan bahwa sesungguhnya kapal itu berlayar di laut dengan nikmat Allah, supaya diperlihatkan-Nya kepada mereka (manusia) sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan)-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi semua orang yang sangat sabar lagi banyak bersyukur. Ayat ini menjelaskan bahawa, semua yang dijadikan Allah swt adalah sebagai kurniaan daripadaNya, walaupun begitu ada dikalangan manusia yang mengingkarinya dan mahu menyesatkan manusia agar mereka menafikan kekuasaan yang ada pada Allah swt. Firman Allah swt dalam surah an-Nisa ayat 113,
ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ ﯻ ﯼﯽ ﯾ ﯿ ﰀ ﰁ ﰂ ﰃ
Maksudnya : Sekiranya bukan karena karunia Allah dan rahmat-Nya kepadamu, tentulah segolongan dari mereka berkeinginan keras untuk menyesatkanmu. Tetapi mereka tidak menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka tidak dapat membahayakanmu sedikitpun kepadamu. Dan (juga karena) Allah telah menurunkan Kitab dan hikmah kepadamu, dan telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui. Dan adalah karunia Allah sangat besar atasmu.
Maksud pada lafazNya yang agung "Tidakkah kamu mengetahui", juga diterjemahkan dengan maksud "Tiadakah kamu mengetahui", juga diterjemahankan dengan maksud "Belumkah kamu mengetahui", dan semua maksud di atas adalah sama. Pertanyaan di awal pada lafaz ayat ini menunjukkan mengenai sesuatu perkara yang wajib diketahui oleh semua manusia, khususnya umat Nabi Muhammad saw, kerana khithob (lafaz) ini ditujukan Allah swt kepada bagi Nabi saw dan umatnya. Ini merupakan suatu penghormatan yang kurniakan Allah swt kepada Nabi saw dan umatNya. Oleh kerana itu pertanyaan pada ayat ini menunjukkan bahawa Allah swt sahajalah yang layak untuk menetapkan apa sahaja undang-undang atau berkaitan dengan sesuatu hukum, sepertimana yang telah dijelaskan Allah swt mengenai hukum nasakh dan mansuh. Tidaklah semua itu berlaku melainkan ia merupakan ketetapan daripada Allah swt dan Dialah sahaja yang Maha Mengetahui segala-galaNya atas apa yang ditetapkanNya. Walaupun begitu hamba-hambaNya dididik agar mengetahui hikmah dan manfaat disebalik perubahan atau ketetapan yang wujud dalam syariat kerajaanNya. Pertanyaan ini juga membawa maksud bahawa manusia perlu mengambil berat dan sentiasa menganggap penting daripada setiap pengkhabaran yang datang daripada Nabi saw termasuklah peristiwa-peristwa yang telah terjadi, sepertimana firmanNya,
ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ
ﮃ ﮄ ﮅ ﮆﮇ
ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ
Maksudnya :Belumkah datang kepada mereka berita penting tentang orang-orang yang sebelum mereka, (yaitu) kaum Nuh, 'Aad, Tsamud, kaum Ibrahim, penduduk Madyan dan negeri-negeri yang telah musnah?. Telah datang kepada mereka rasul-rasul dengan membawa keterangan yang nyata, maka Allah tidaklah sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. Surah at-Taubah ayat 70.
FirmanNya lagi,
ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ
ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ
Maksudnya : Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasiq. Surah al-Hadid ayat 16.
Lafaz pada awal ayat ini juga menunjukkan kepada bantahan yang keras terhadap puak Yahudi yang mengingkari perubahan-perubahan hukum yang telah ditetapkan Allah swt terhadap umat Islam. Lebih-lebih lagi perubahan itu terjadi di dalam al-Quran yang diturunkan kepada baginda Nabi saw. Walaupun begitu, mereka sendiri (puak Yahudi) telah kufur dengan mengubah atau menghapuskan hukum atau kepercayaan yang wajib mereka ketahui untuk selama-lamanya, sepertimana yang telah diketahui bahawa mereka telah mengubah isi kandungan kitab Taurat kepada makna atau hukum yang tidak selari dengan apa yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sendiri telah menghapuskan mengenai ayat yang berkaitan dengan kerasulan Nabi Muhammad saw, mengubah hukum halal kepada haram dan sebaliknya. Mereka juga berani menulis dan menambah dengan tulisan-tulisan berdasarkan hawa nafsu jahat mereka dan sambil mengatakan bahawa ini adalah datangnya daripada Allah swt. Mereka juga sangup membunuh para Nabi-nabi yang diutus membawa kebenaran kepada mereka. Bahkan mereka berani mengatakan sesuatu yang mereka sendiri tidak ketahui, sepertimana mereka mengatakan bahawa Allah swt mempunyai anak dan amat besarlah kedustaan mereka terhadap Allah swt dan hukum-hakamNya. Sepertimana firmanNya,
ﮭ ﮮ ﮯ ﮰﮱ ﯓﯔ ﯕ ﯖ
ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤﯥ
ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ
Maksundnya : Mereka (orang-orang Yahudi dan Nasrani) berkata: "Allah mempuyai anak." Maha Suci Allah; Dia-lah Yang Maha Kaya; kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan apa yang di bumi. Kamu tidak mempunyai hujjah tentang ini. Pantaskah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?. Surah Yunus ayat 68.
FirmanNya lagi,
ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀﮁ
ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ
ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ
Maksudnya : (Yaitu) orang-orang Yahudi yang mengatakan: "Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada kami, supaya kami jangan beriman kepada seseorang rasul, sebelum dia mendatangkan kepada kami korban yang dimakan api." Katakanlah: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu beberapa orang rasul sebelumku membawa keterangan-keterangan yang nyata dan membawa apa yang kamu sebutkan, maka mengapa kamu membunuh mereka jika kamu adalah orang-orang yang benar.". Surah Ali Imran ayat 183.
Maksud pada firmanNya, "bahwa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah?", yakni Allah swt adalah pemilik tunggal bagi segala isi petala langit dan bumi. Ini membawa maksud bahawa, hanya Allah swt sahaja yang layak untuk mentadbir dan menetapkan peringkat-peringkat kehidupan dan kematian kepada penduduk-penduduk langit dan bumi sepertimana yang Dia kehendaki. Dialah Allah swt yang mempunyai kekuasaan mutlak yang tidak pernah akan hilang. Dialah sebenarnya as-Sulthon dan sangat-sangat berkuasa di dalam pemerintahan setiap kejaanNya itu. Sekali-kali makhluk yang Dia ciptakan tidak boleh menolak segala apa yang telah Allah swt tetapkan, tidak boleh juga para makhluk mengkritik atau memperkatakan keburukan atau kelemahan terhadap ciptaan dan hukum-hukumNya. Oleh kerana itulah, segala hukum dan ketetapan di dalam kekuasaanNya. Dialah sahaja yang layak untuk memerintah dan melarang para makhlukNya di dalam aturan-aturan kehidupan mereka. Selayaknya hanya Dialah sahaja tempat bergantung bagi sekalian makhlukNya dan ketaatan itu hanya kepada serta untukNya. Dialah sahaja yang layak menerima dan menolak setiap apa yang diminta oleh para makhlukNya. Ayat ini sebagai penjelasan bagi kaum Yahudi yang mendustakan nasakh dan mansuh daripada al-Quran dan mereka juga tidak mengakui bahawa Nabi Isa a.s adalah Rasul yang di utus buat mereka sebelum di utusnya Nabi Muhammad saw. Begitu juga dikalangan orang-orang Yahudi beranggapan bahawa dengan kekuasaan dan harta benda yang mereka miliki, mereka dapat menguasai dan mentadbir Madinah dengan cara mereka sendiri, oleh kerana itulah mereka telah membuat tipu daya dan muslihat jahat terhadap Nabi saw dan mukminin. Oleh kerana itulah Allah swt menurunkan ayat ini buat baginda Nabi saw, agar baginda tidak perlu takut terhadap kekuasaan yang ada pada mereka ketika itu kerana kekuasaan manusia adalah terbatas dan tidak ada satupun dimiliki mereka melainkan Allah swt semata. Hanya Dialah sahaja yang layak memberi dan mencabut kuasa-kuasa kerajaan yang dimiliki oleh manusia yang bersifat sementara dan terbatas. Sepertimana firmanNya,
ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ
ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘﮙ ﮚ ﮛﮜ
ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ
Maksudnya : Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Surah Ali Imran ayat 26.
FirmanNya lagi,
ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ
Maksudnya : Kerajaan yang hak pada hari itu adalah kepunyaan Tuhan Yang Maha Pemurah. Dan adalah (hari itu), satu hari penuh kesukaran bagi orang-orang kafir. Surah al-Furqan ayat 26.
FirmanNya lagi,
ﯷ ﯸ ﯹ ﯺﯻ ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ
Maksudnya : (Yaitu) hari (ketika) mereka keluar (dari kubur); tiada suatupun dari keadaan mereka yang tersembunyi bagi Allah. (Lalu Allah berfirman): "Kepunyaan siapakah kerajaan pada hari ini?" Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan. Surah Ghofir ayat 16.
Lafaz ayat ini juga menunjukkan bahawa, puak kafir seolah-olah telah mengingkari dan menolak bahawa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah swt, sepertimana pada ayat sebelum ini, mereka telah mengingkari tentang Keagungan dan Kekuasaan Allah swt. Hanya Dialah sahaja Tuhan yang Maha Berkuasa, Maha Menyaksikan, Maha Berkehendak dan tidak ada satu makhlukpun yang boleh menyembunyikan sesuatu pun daripada Ilmu pengetahuanNya.
FirmanNya,
Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyaksikan segala sesuatu.
ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ
Maksudnya : Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki.
ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ
Maksudnya : Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽﭾ
ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈﮉ
Maksudnya :
Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu.
Kami (penulis-Ustaz Muhammad Syamsol-dalam kitab Tafsirnya) telah meriwayatkan hadis yang terkandung di dalam Musnaf Ibnu Abi Syaibah, diriwayatkan bahawa, di dalam kitab Zabur Nabi Daud as telah tertulis,
"إِنِّي أَنَا اللهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا مَلِكُ الْمُلُوكِ، قُلُوبُ الْمُلُوكِ بِيَدِي، فَأَيُّمَا قَوْمٍ كَانُوا عَلَى طَاعَةٍ جَعَلْتُ الْمُلُوكَ عَلَيْهِمْ رَحْمَةً، وَأَيُّمَا قَوْمٍ كَانُوا عَلَى مَعْصِيَةٍ جَعَلْتُ الْمُلُوكَ عَلَيْهِمْ نِقْمَةً، لَا تَشْغَلُوا أَنْفُسَكُمْ بِسَبِّ الْمُلُوكِ، وَلَا تَتُوبُوا إِلَيْهِمْ، تُوبُوا إِلَيَّ، أَعْطِفُ قُلُوبَهُمْ عَلَيْكُمْ... "
Maksudnya : "Sesungguhnya Akulah Allah, Tiada Tuhan Melainkan Aku, Akulah Raja yang Menguasai segala kerajaan, di (Yadi) Aku segala hati kerajaan, maka di mana sahaja suatu kaum itu melakukan ketaatan, Aku jadikan kerajaan itu rahmat keatas mereka, dan dimana sahaja suatu kaum yang menderhaka, Aku jadikan kerajaan itu ditimpakan dengan kebencian ke atas mereka, janganlah kamu menyibukkan diri dengan mencaci kerajaan itu, dan jangan pula kamu kembali kepada mereka, kembalilah kepadaKu, Aku akan lembutkan hati kamu kepada mereka.."
Diriwayatkan pula di dalam kitab Fawaid ar-Razi, dengan perbezaan lafaz,
"فَإِنِ الْعِبَادُ أَطَاعُونِي حَوَّلْتُ قُلُوبَ مُلُوكِهِمْ عَلَيْهِمْ بِالرَّأْفَةِ وَالرَّحْمَةِ، وَإِنِ الْعِبَادُ عَصَوْنِي حَوَّلْتُ قُلُوبَ مُلُوكِهِمْ بِالسَّخَطِ وَالنِّقْمَةِ فَيَسُومُونَهُمْ سُوءَ الْعَذَابِ، فَلا تَشْغَلُوا أَنْفُسَكُمْ بِالدُّعَاءِ عَلَى الْمُلُوكِ، وَلَكِنِ اشْغَلُوا أَنْفُسَكُمْ بِالذِّكْرِ وَالتَّضَرُّعِ أَكْفِكُمْ أَمْرَ مُلُوكِكُمْ "
Maksudnya : "Maka sekiranya hamba-hambaKu mentaatiKu, Aku akan mengubah hati (keadaan) kerajaan dengan belas kasih sayang dan rahmat ke atas mereka, dan sekiranya hamba-hambaKu menderhakaiKu, Aku akan mengubah hati (keadaan) kerajaan mereka dengan kemarahan dan kebencian, maka mereka akan ditimpa dengan keburukan azab, maka janganlah kamu disibukkan dengan menyeru diri kamu sendiri kepada kerajaan itu, akan tetapi sibukkanlah dengan berzikir dan merendah diri kamu (kepada Allah), Aku akan cukupkan urusan pada kerajaan kamu".
Segala pujian dan sanjungan hanya bagi Allah swt, Pemilik langit dan bumi, sepertimana saya meriwayatkan doa ini sampai kepada Rasulullah saw, Nabi saw telah berdoa,
وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ،
"Dan hanya bagiMu segala Pujian dan Sanjungan, Engkaulah Pemilik Yang Menguasai
Langit dan Bumi, dan segala yang ada di dalam keduanya".
Sahih Ibnu Hibban.
Lafaz yang terakhir, Allah swt menyebut, "Dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung maupun seorang penolong", yakni tiadapun daripada kalangan makhlukNya yang berkuasa untuk mendekatkan keselamatan dan pertolongan kepada mereka yang tidak mengakui kekuasaan serta keEsaan Allah swt. Begitu juga hanya Allah swt sahaja yang berkuasa memelihara segala perbuatan atau urusan-urusan dan hanya Dialah sahaja Allah yang dapat memberi pertolongan dengan menolak serta menahan segala yang tidak disukai oleh para makhlukNya termasuklah azabNya. Lafaz ayat ini ditujukan buat puak kafir yang bakal di azab oleh Allah swt. Begitu juga lafaz ayat ini ditujukan kepada orang-orang beriman, agat mereka mengetahui bahawa, hanya Allah swt sahajalah yang layak untuk menghampirkan, menolong dan mengangkat hamba-hambaNya menuju kepadaNya. Inilah natijah atau kesan bagi manusia yang mengatakan bahawa al-Quran itu bukannya datang daripada Allah swt dan apa yang dibaca oleh Muhammad adalah daripada hawa nafsu mereka sendiri. Maka kerana itu jugalah tidak berguna dan bermanfaat kehidupan mereka di akhirat sekiranya mereka tidak dapat diberi pertolongan atau syafaat, sepertimana firmanNya,
ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ
Maksudnya : Maka tidak berguna lagi bagi mereka syafa'at dari orang-orang yang memberikan syafa'at. Surah al-Mudatsir ayat 48.
FirmanNya lagi,
ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ
Maksudnya : Dan kamu sekali-kali tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah) di bumi dan tidak (pula) di langit dan sekali-kali tiadalah bagimu pelindung dan penolong selain Allah. Surah al-Ankabut ayat 22.
Wa Allahu `Alam.
No comments:
Post a Comment