Sunday, May 16, 2010

Tafsir Surah al-Baqoroh ayat 108

Telah berkata Ustaz Muhammad Syamsol dalam kuliah tafsirnya pada penafsiran ayat 108 surah al-Baqorah..

ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ


 

108. Apakah kamu menghendaki untuk meminta kepada Rasul kamu seperti kaum (Bani Israil)meminta kepada Musa pada zaman dahulu? Dan barangsiapa yang menukar iman dengan kekafiran, maka sungguh orang itu telah sesat dari jalan yang lurus.


 

Dalam ayat ini, Allah swt menjelaskan bahawa ada dikalangan umat Islam yang meminta Nabi saw memperlihatkan kepada mereka sesuatu yang dapat membuatkan mereka yakin terhadap apa yang dibawa oleh Baginda Nabi saw. Dikalangan mereka sebenarnya ada yang telah beriman kepada Allah swt dan RasulNya. Ayat ini juga menunjukkan bahawa Allah swt sesekali tidak inginkan agar perbuatan orang-orang mukmin sama sepertimana perbuatan orang-orang Yahudi terdahulu. Oleh kerana itulah Allah swt tidak menyebut lafaz atau kalimah Yahudi pada maksud lafaz "seperti kaum (Bani Israil)meminta kepada Musa pada zaman dahulu?", yakni kaum Yahudi tidak disebut di dalam ayat ini sebagai tanda Allah swt memuliakan umat Baginda Rasulullah saw, sepertimana yang telah disebutkan oleh ulama-ulama tafsir. Sebenarnya, jika dikaitkan dengan ayat-ayat dan kisah-kisah yang lain, bukan hanya orang Islam sahaja pernah meminta kepada Baginda Nabi saw agar memperlihatkan kepada mereka sesuatu yang pelik, akan tetapi kaum Yahudi juga sebelum ini pernah meminta kepada Baginda Nabi saw agar menurunkan sebuah kitab yang khusus hanya untuk mereka, memancarkan air mata air dan sebagainya. Begitu juga sewaktu Baginda di Mekah, kaum musyrikin pernah meminta agar diturunkan kepada mereka kitab yang menjelaskan bahawa mereka termasuk ahli syurga walaupun sebenarnya mereka mengingkari wujudnya syurga. Disebutkan di dalam hadis yang dikaitkan dengan penafsiran ayat ini, antara sebab-sebab turunnya ayat ini adalah kerana kaum Quraisy pernah meminta kepada Baginda saw agar gunung Soffa menjadi emas, sepertimana juga kaum Bani Israil pernah meminta agar Allah swt memperlihatkan ZatNya kepada mereka. Maka jawap Baginda Nabi saw,


 

نَعَمْ ، وَهُوَ لَكُمْ كَالْمَائِدَةِ لِبَنِي إِسْرَائِيلَ


 

Maksudnya : "Baiklah, (sekiranya kamu kufur) dan bagimu sepertimana hidangan yang diminta oleh Bani Israil", yakni sepertimana yang difirmankan Allah swt di dalam surah al-Maidah ayat 115,

ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ


 

Maksudnya : Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu kepadamu, barangsiapa yang kafir di antaramu sesudah (turun hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyiksanya dengan siksaan yang tidak pernah Aku timpakan kepada seorangpun di antara umat manusia."


 

Kemudian diriwayatkan bahawa, kaum Quraisy enggan menerima apa yang dikatakan Baginda Nabi saw dan kemudiannya mereka pulang. Kemudian turunlah ayat ini. Sepertimana yang disebutkan oleh Mujahid dan diriwayatkan oleh dalam tafsir at-Thobari melalui Mujahid juga.


 

Dalam riwayat lain pula dikatakan bahawa, ada dua orang lelaki yang bernama Rofi` bin Huraimilah dan Wahab bin Zaid berkata kepada Rasullah saw,


 

يَا مُحَمَّدُ ائْتِنَا بِكِتَابٍ تُنَزِّلُهُ عَلَيْنَا مِنَ السَّمَاءِ نَقْرَؤُهُ، وَفَجِّرْ لَنَا أَنْهَارًا نَتَّبِعْكَ وَنُصَدِّقْكَ


 

Maksudnya : Wahai Muhammad, berikanlah kepada kami kitab, yang diturunkankannya kepada kami daripada langit, yang dapat kami membacanya, dan alirkanlah sungai buat kami, kami akan mengikutimu dan membenarkanmu. Lalu turunlah ayat ini. Sepertimana yang disebut dalam Tafsir at-Thobari dan Ibnu Abi Hatim daripada Ibnu Abbas r.huma.


 

Dalam riwayat lain pula disebut bahawa, ada dikalangan orang Arab sendiri pernah meminta kepada Baginda saw memperlihatkan atau mendatangkan kepada mereka, agar mereka dapat melihat Zat Allah swt. Sepertimana yang pernah diminta oleh kaum Bani Israil juga, lalu turunlah ayat ini.


 

Dalam riwayat lain disebutkan juga, ada seorang lelaki berkata kepada Baginda Nabi saw, "Ya Rasulullah, seandainya kafaroh kita sepertimana kafaroh Bani Israil (hukum terhadap perilaku dosa)", maka Nabi saw bersabda,


 

" اللَّهُمَّ لا نَبْغِيهَا، اللَّهُمَّ لا نَبْغِيهَا، مَا أَعْطَاكُمُ اللهُ خَيْرٌ مِمَّا أَعْطَى بَنِي إِسْرَائِيلَ ؛ كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ إِذَا فَعَلَ أَحَدُهُمُ الْخَطِيئَةَ وَجَدَهَا مَكْتُوبَةً عَلَى بَابِهِ وَكَفَّارَتَهَا، فَإِنْ كَفَّرَهَا كَانَتْ لَهُ خِزْيًا فِي الدُّنْيَا، وَإِنْ لَمْ يُكَفِّرْهَا كَانَتْ لَهُ خِزْيًا فِي الآخِرَةِ، وَقَدْ أَعْطَاكُمُ اللهُ خَيْرًا مِمَّا أَعْطَى بَنِي إِسْرَائِيلَ ".قَالَ :
ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ


قَالَ : وَقَالَ : " الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ كَفَّارَاتٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ ".وَقَالَ : " مَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كُتِبَتْ لَهُ حَسَنَةٌ، وَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ لَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا، وَلا يَهْلِكُ عَلَى اللهِ إِلا هَالِكٌ "، فَأَنْزَلَ اللهُ :
ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ


 

Maksudnya : "Ya Allah kami tidak menginginkannya, Ya Allah kami tidak menginginkannya, apa yang telah diberikan Allah kepada kamu adalah lebih baik daripada apa yang telah diberi kepada Bani Israil. Adapun Bani Israil itu apabila salah seorang di antara mereka yang melakukan dosa kesalahan, maka kesalahan itu terdapat dan tertulis di atas pintu serta itulah kafarohnya. Maka sekiranya dia menebus kafarohnya, baginya itu kehinaan di dunia dan sekiranya ia tidak menebus kafarohnya dunia, maka kehinaan buatnya di akhirat. Dan sesungguhnya Allah telah memberikan kepada kamu lebih baik daripada apa yang telah diberikan kepada Bani Israil". Allah berfirman, "Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". Berkata Nabi saw lagi, "Solat lima waktu antara jumaat dengan jumaat adalah sebagai kaffaroh (penebus dosa) di antara keduanya". Dan Baginda berkata lagi, "Barangsiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan dan belum lagi melakukannya, dituliskan baginya dengan pahala satu kebaikan, dan sekiranya di melaksanakan kebaikannya itu, diberi kepadanya pahala sepuluh kebaikan yang sama. Dan tidak ada yang meminta kehancuran pasti akan dihancurkan oleh Allah, maka Allah swt menurunkan ayat ini. Riwayat Imam Ibnu Jarir daripada Abu `Aliyah.


 

Disebutkan oleh ulama-ulama tafsir, maksud pada lafaz "Apakah kamu menghendaki untuk meminta kepada Rasul kamu seperti kaum (Bani Israil)meminta kepada Musa pada zaman dahulu?", yakni di kalangan umat Nabi saw ada yang meminta dan bukannya dengan maksud bertanya terhadap sesuatu yang pernah diminta oleh umat-umat sebelum daripada mereka. Ini menunjukkan juga bahawa Allah swt telah melarang dikalangan umat Islam agar jangan terlalu banyak meminta sesuatu kepada Baginda Nabi saw mengenai sesuatu perkara atau urusan sebelum ditentukan Allah swt kejadiannya. Dikatakan juga ayat ini sebagai celaan Allah swt terhadap mereka yang masih meminta-minta kepada Nabi saw tanpa terlebih dahulu menunggu turunnya al-Quran. Bahkan umat-umat sebelum ini telah meminta sesuatu yang tidak sepatutnya mereka minta kepada Nabi-nabi mereka. Sebenarnya yang membuatkan mereka meminta kepada Nabi mereka itu adalah kerana perasaan sakitnya hati mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah tidak selari dengan hawa nafsu mereka. Bahkan mereka menggugut Nabi mereka untuk tidak mengikuti ajaran yang dibawanya sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi. Sepertimana kaum Bani Israil pernah meminta untuk melihat Zat Allah secara nyata dan begitu juga pengikut Nabi Isa as (Hawariyyun) yang meminta agar diturunkan makanan daripada langit. Semua ini adalah disebabkan sifat keras hati mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh Rasul yang di utus buat mereka. Oleh kerana itulah juga Allah swt telah mengingatkan kepada umat Islam agar jangan meniru perbuatan kaum-kaum sebelum mereka, sepertimana firman Allah swt,


 

ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ


 

Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika diterangkan kepadamu akan menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakan di waktu Al Quran itu diturunkan, niscaya akan diterangkan kepadamu, Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun. Surah al-Maidah ayat 101.


 

Perlulah diketahui bahawa, antara urusan yang berkaitan dengan meminta dan bertanya adalah wujudnya perbezaan. Ayat ini turun agar umat Islam dilarang meminta sesuatu perkara yang tidak selayaknya mereka minta. Sedangkan yang seharusnya mereka lakukan ialah dengan sentiasa sabar terhadap apa sahaja yang telah diperintah Allah swt untuk dilaksanakannya dan bersabar pula terhadap perintah-perintah yang bakal turun kemudiannya. Tatkalamana Nabi saw menceritakan tentang Allah swt dan MalaikatNya, maka di kalangan mereka ada yang meminta untuk melihat keduanya. Apabila mereka mahukan harta, maka mereka meminta agar gunung-gunung menjadi emas dan begitu juga agar sungai-sungai mengalir di bawah kaki-kaki mereka sepertimana sungai-sungai di syurga. Boleh jadi juga mereka tidak meminta sepertimana yang dijelaskan di dalam ayat ini, tetapi di kalangan mereka ada juga yang mengajukan soalan-soalan yang boleh mengubah kedudukan suatu-suatu hukum yang telah ditetapkan Allah swt. Oleh kerana itu, para sahabat Nabi saw sentiasa berjaga-jaga agar tidak bertanya soalan-soalan yang mana boleh mendatangkan hukum atau perlaksanaan yang lebih berat lagi.


 

Seterusnya Allah swt menyebut pada lafaz firmanNya, "Dan barangsiapa yang menukar iman dengan kekafiran, maka sungguh orang itu telah sesat dari jalan yang lurus", yakni mengambil kekufuran sebagai pegangan dan meninggalkan keimanan yang diperintahkan. Iman yang dimaksudkan adalah membenarkan Allah swt dan ayat-ayatnya dan ini termasuklah perintah-perintahNya. Manakala kufur yang dimaksudkan ialah menentang Allah dan ayat-ayatNya dengan tidak mahu tunduk terhadap perintah-perintahNya. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa orang-orang kafir dan kaum Yahudi telah meninggalkan keimanan tatkala mereka telah meminta kepada baginda Nabi saw sepertimana yang pernah diminta oleh kaum Bani Israil terdahulu. Maka oleh itu, golongan yang kafir kepada Allah swt telah benar-benar menyimpang daripada landasan sebenar dalam ajaran yang dibawa Nabi Muhammad saw. Mereka adalah golongan yang sesat dan jahil tentang Allah swt. Dengan permohonan mereka kepada Nabi Muhammad saw itu bukanlah menyebabkan mereka beriman kepadanya, akan tetapi menyebabkan mereka semakin jauh dan semakin sesat lagi. Merekalah golongan yang telah menukar nikmat yang berharga yakni diutusnya buat mereka seorang Nabi dan Rasul yang telah dijanjikan sepertimana yang diwahyukan Allah swt di dalam kitab mereka dan mereka menukar nikmat itu dengan kekafiran, sepertimana yang difirmankan Allah swt,


 

ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑﮒ ﮓ ﮔ ﮕ


 

Maksudnya : Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan?, yaitu neraka jahannam; mereka masuk kedalamnya; dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman. Surah Ibrahim ayat 28 dan 29.


 

Bahkan di antara tanda-tanda sifat mereka yang menukar nikmat yang dikurniakan Allah swt ialah dengan tidak mengakui nikmat tersebut. Allah swt telah menganugerahkan nikmat yang amat besar kepada kaum Bani Israil terdahulu, antaranya ialah dengan menyelamatkan mereka daripada kezaliman firaun, membelah laut buat mereka, dinaungan awan, makanan yang bernama manna dan salwa dan banyak lagi kurniaan-kurniaan yang lain. Akan tetapi mereka seolah-olah tidak pernah untuk berterima kasih kepada Allah swt atas kurniaan tersebut, bahkan mereka membalas kebaikan atas kurniaan Allah swt telah mengkufuri nikmat-nikmat itu dengan perbuatan maksiat. Mereka tidak menyedari bahawa iman itu adalah nikmat dan anugerah Allah swt, akan tetapi mereka lebih berminat untuk hidup dalam keadaan kufur dengan nikmat iman itu. Selayaknya manusia yang telah diberi nikmat itu sentiasa bersyukur kepada Dia Yang Maha Pemberi, yakni Allah swt dan malu untuk berbuat kufur atau maksiat kepadaNya. Oleh itu barangsiapa yang menukar keimanan maka ia termasuk golongan yang telah menukar nikmat dan barangsiapa yang telah menukar nikmat ini, maka baginya azab yang amat pedih, sepertimana firmanNya,


 

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ


 

Maksudnya : Tanyakanlah kepada Bani Israil: "Berapa banyaknya tanda-tanda (kebenaran)
yang nyata, yang telah Kami berikan kepada mereka." Dan barangsiapa yang menukat nikmat Allah
setelah datang nikmat itu kepadanya, maka sesungguhnya Allah sangat keras siksa-Nya
. Surah al-Baqorah ayat 211.


 

ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ


 

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang menukar iman dengan kekafiran, sekali-kali mereka tidak dapat memberi mudharat kepada Allah sedikitpun; dan bagi mereka azab yang pedih. Surah Ali Imran ayat 177.


 

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖﭗ ﭘ ﭙ ﭚﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠﭡ

ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ


 

Maksudnya : Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk manusia dengan membawa kebenaran; siapa yang mendapat petunjuk maka (petunjuk itu) untuk dirinya sendiri, dan siapa yang sesat maka sesungguhnya dia semata-mata sesat buat (kerugian) dirinya sendiri, dan kamu sekali-kali bukanlah orang yang bertanggung jawab terhadap mereka. Surah az-Zumar ayat 44.


 

Wa Allahu `Alam.


 


 

No comments:

Post a Comment