Al-Haqq juga telah memerintahkan agar dirimu bertanya kepada mereka yang ahli tentang KitabNya dan Sunah NabiNya yang mulia, seperti mana firmanNya,
Maksudnya : ...Bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui. Surah an-Nahl ayat 43.
Ketahuilah wahai para pejuang ilmu!, "Ahlal Zikri" yang dimaksudkan ialah para alim ulama. Sekiranaya dirimu mahu mengetahui tentang ilmu hukum-hakam, perintah suruhan dan larangan, maka rujuk dan bertanyalah kepada Fuqaha (ulama feqh). Barangsiapa yang mahukan ilmu yang berkaitan dengan suluk (tasawuf) maka rujuk dan bertanyalah kepada para `Arifin Billah (ahli Tasawuf). Para fuqaha berfatwa kepadamu tentang persoalan dalam hal ibadahmu, muamalahmu dan sebagainya. Dirimu akan mengetahui sesuatu hukum itu melalui lidah-lidah mereka, manakala para `Arifin Billah pula berfatwa kepadamu tentang rahsia-rahsia ibadahmu, jalan membersihkan hatimu, adab-adab belajar dan sebagainya. Mereka adalah "Ahlal Zikri" seperti mana yang difirman al-Haqq.
Berkaitan dengan ayat ini juga, Nabi saw pernah bersabda,
لا يَنْبَغِي لِلْعَالِمِ أَنْ يَسْكُتَ عَلَى عِلْمِهِ، وَلا يَنْبَغِي لِلْجَاهِلِ أَنْ يَسْكُتَ عَلَى جَهْلِهِ "
Maksudnya : Tidak seharusnya bagi orang yang berilmu ilmu untuk mendiamkan dirinya daripada ilmunya (tidak menyampaikan), dan tidak seharusnya bagi orang yang jahil mendiamkan dirinya atas kejahilannya. Riwayat at-Thobroni.
Seperti mana juga telah dikatakan oleh Abu Hurairah r.hu, Malik bin Anas dan Ibnu Sirrin,
" إِنَّ هَذَا الْعِلْمَ دَيْنٌ فَانْظُرُوا عَمَّنْ تَأْخُذُونَ دَيْنَكُمْ "
"Ya Allah, jadikan dan himpunkan kami bersama-sama Ahli ZikriMu…"
No comments:
Post a Comment