ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ
109. Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, karena dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka ma'afkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa, dikalangan ahli Kitab, yakni sama ada orang Yahudi atau Nasrani telah bersungguh-sungguh menginginkan agar dikalangan orang-orang arab yang telah masuk Islam agar keluar kembali daripada Islam dan mengikuti kesesatan atau ajaran-ajaran sebelum datangnya Islam. Oleh itu, melalui ayat ini, Allah swt memerintahkan agar umat Islam berhati-hati terhadap tingkah-laku buruk orang-orang kafir daripada kalangan ahli Kitab yang sewaktu itu berada di Madinah. Kaum ahli Kitab adalah kaum yang sangat-sangat memusuhi Islam dan lebih-lebih lagi setelah mereka melihat nikmat-nikmat yang dikurniakan Allah swt kepada umat Islam. Maksud pada firmanNya, "Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman", yakni kebanyakkan daripada kaum ahli Kitab adalah golongan yang telah kufur terhadap ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw, oleh itu, mereka sentiasa berusaha agar dapat meruntuhkan nilai dan akhlak umat Islam dengan cara memurtadkan umat Islam itu sendiri daripada agama Allah swt. Kata Ibnu Abbas r.huma, ayat ini diturunkan kerana diriwayatkan bahawa ada dua orang Yahudi yang bernama Hay bin Akhthob dan Abu Jasir bin Akhthob yang sangat-sangat dengki kepada bangsa Arab, disebabkan bangsa Arab telah dikurniakan seorang Nabi dan Rasul daripada kalangan bangsa Arab itu sendiri. Maka kedua orang Yahudi ini, berusaha keras agar dapat memurtadkan kembali daripada kalangan orang Arab daripada agama Islam. Maka setelah itu, Allah swt menurunkan ayat ini sebagai pemberitahuan Allah swt kepada Rasulullah dan umatnya.
Dalam riwayat lain pula disebutkan bahawa, Ka`ab bin Asyraf adalah seorang penyair daripada orang Yahudi dan dia sering menghina Rasulullah saw melalui syair-syairnya. Maka disebabkan itu, Allah swt menurunkan ayat ini agar umat Islam sentiasa berhati-hati terhadap kejahatannya. Disebutkan dalam riwayat lain lagi, ayat ini turun dan menceritakan peristiwa yang terjadi setelah berlakunya seperangan Uhud. Pada waktu itu Rasulullah saw memerintahkan sahabat-sahabatnya yang diberi tugas sebagai angkatan memanah agar tidak meninggalkan tempat mereka di atas bukit sehinggalah datangnya perintah daripada Rasulullah saw. Sama ada menang atau kalah mereka perlu bertahan di atas bukit Uhud. Walaupun begitu, mereka telah melanggar perintah Nabi saw apabila melihat orang-orang kafir berlari meninggalkan kawasan daerah perang dan lebih-lebih lagi tatkala orang-orang kafir meninggalkan banyak daripada harta-harta mereka. Maka sebabkan itu, Allah swt telah menguji umat Islam di medan peperangan Uhud dengan syahidnya banyak di kalangan para sahabat-sahabat besar Nabi saw. Secara lahirnya, umat Islam pada hari peristiwa peperangan Uhud telah mengalami musibah dan kekalahan ke atas puak kafir musyrik. Walaupun begitu puak kafir sendiri tidak pula mengalami kemenangan kerana mereka tidak berjaya merampas dan menduduki kawasan daerah peperangan. Setelah umat Islam balik ke Madinah, maka dilangan orang-orang Yahudi telah menghina para sahabat dengan mengatakan bahawa orang-orang Islam tidak taat kepada Rasulullah saw. Antaranya ada dikalangan orang Yahudi yang berkata kepada sahabat Nabi saw yang bernama Huzaifah, Thoriq dan para sahabat yang lain, yakni kata mereka, "sekiranya kamu termasuk orang yang benar-benar beriman kepada Muhammad dan Tuhannya, mengapa kamu memperolhi kekalahan di dalam medan peperangan Uhud?, kembalilah kamu kepada agama kami dan tinggalkan agama Muhammad". Kemudian berkata Huzaifah, "Apa pula yang telah dikatakan oleh agamamu tentang pengingkaran janjimu?, bukankah di dalam kitab Taurat telah tertulis tentang janji (bani Israil) kepada Allah dan Musa?, bukankah telah diperintahkan agar mereka beriman, akan tetapi mereka mengingkarinya?". Kata Huzaifah lagi, "sesekali aku tidak akan memungkiri janjiku terhadap Muhammad sampai akhir hidupku".
Oleh itu, ayat sebagai ingatan Allah swt kepada umat Islam bahawa kaum Yahudi akan berusaha keras dengan menimbulkan keraguan di dalam hati umat Islam. Mereka tiada tujuan lain melainkan agar umat Islam murtad daripada agama Islam. Perkara ini bukan sahaja berlaku pada zaman Rasulullah saw, akan tetapi berlanjutan sehingga ke akhir zaman. Sepertimana yang telah difirmankan Allah swt dalam ayat yang lain,
ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥﮦ ﮧ ﮨ ﮩﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ
Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: "Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidilharam dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah
lebih besar (dosanya) daripada membunuh. Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murta di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. Surah al-Baqorah ayat 217.
Seterusnya Allah swt menyebut pada lafaz, "karena dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran", yakni disebabkan perasaan iri hati atau kebencian terhadap kelebihan dan keistimewaan pengikut-pengikut Nabi Muhammad saw. Kalimah "Hasadan", juga dikaitkan dengan perasaan cemburu yang diiringi dengan niat jahat yang terpendam dan mengharapkan hilangnya anugerah atau nikmat yang dikurniakan Allah swt kepada seseorang. Oleh itu dikatakan bahawa, puak-puak Yahudi telah menaruh perasaan dendam yang membara-bara di dalam jiwa mereka hinggakan berusaha dengan sekeras-kerasnya menghasut di kalangan umat Islam agar keluar daripada agama yang dibawa oleh Baginda Nabi saw. Sifat dengki adalah salah satu sifat tercela dan menunjukkan kepada kerosakkan pada akhlak mereka. Bahkan mereka mencuba melaga-lagakan dan mengapi-apikan umat Islam agar bertelagah sesama sendiri. Inilah bukti yang jelas menunjukkan bahawa mereka telah melakukan kerosakkan di muka bumi dengan perbuatan menghasut orang-orang kafir dan dikalangan kaum Yahudi sendiri agar menjadikan umat Islam sebagai musuh dan menentang umat Islam seluruhnya. Oleh kerana itulah, mereka berusaha keras agar dapat memurtadkan umat Islam agar umat Islam menjadi lemah dan akhirnya mereka dapat menguasai sesuatu yang telah dikuasai oleh umat Islam. Diriwayatkan juga bahawa, Allah swt telah mengutus baginda Nabi saw agar menerangkan dan menjelaskan kebenaran Rasul-rasul, mukjizat-mukjizat dan kitab-kitab terdahulu kepada kaum ahli Kitab, akan tetapi disebabkan kekufuran, kedengkian dan kesombongan mereka terhadap agama Islam dan Baginda Nabi saw, maka mereka mendustakan dan mengingkari apa yang dikatakan Nabi saw, maka Allah swt menurunkan lafaz ayat ini. Bahkan sebenarnya mereka (ahli Kitab) telah mengetahui melalui kitab-kitab dan ulama-ulama mereka bahawa kedatangan Nabi Muhammad saw adalah telah jelas dan nyata bagi mereka kerana semuanya telah diwahyukan Allah swt melalui para utusan yang terdahulu dan ditulis juga sebagai wahyu di dalam kitab-kitab mereka. Kebenaran yang dimasudkan dalam lafaz ayat ini menunjukkan bahawa mereka telah lama mengetahui bahawa memang jelas dan benar bahawa Nabi Muhammad saw adalah Rasul yang telah diutus untuk mereka dan untuk seluruh alam serta termasuklah mukjizat baginda saw. Telah berkata Ibnu Abbas r.huma, nama Nabi saw di dalam al-Quran adalah Muhammad, di dalam Injil namanya adalah Ahmad dan di dalam Taurat namanya adalah Uhid atau disebut Uhyad, yakni membimbing umatnya agar mereka tidak menuju ke neraka, sepertimana yang disebutkan oleh Imam an-Nawawi dalam kitabnya Tahzib. Perkara ini dikuatkan lagi apabila Ibnu Abbas r.huma bertanya kepada Ka`ab al-Ahbar seorang ulama Yahudi yang telah masuk Islam,
"Bagaimana kamu mendapati (mengetahui) sifat Rasulillah saw di dalam Taurat?". Maka berkatalah Ka`ab, "Kami mendapati (apa yang terkandung di dalam Taurat) Muhammad bin `Abdullah di lahirkan di Mekah, kemudian hijrah ke Thobah (Madinah), dan dijadikan kerajaannya di Syam. Tidaklah ia melakukan kekejian, dan dan tidak pula berteriak di pasar-pasar, dan tidak membalas keburukan dengan keburukan, akan tetapi suka memberi maaf dan mengampunkan. Umatnya digelar sebagai orang-orang yang memuji, mereka memuji Allah dalam setiap keadaan sama ada senang atau susah, lapang atau sempit. Mereka sentiasa membesarkan Allah dalam setiap kemenangan. Mereka adalah umat yang berwuduk pada anggota-anggota mereka, mengenakan kain pada pertengahan badan mereka. mereka berbaris di dalam solat sepertimana barisan dalam peperangan mereka. dengungan bunyi zikir mereka di masjid-masjid seperti bunyi dengungan lebah, para penyeru azan (muazin) mereka di dengari sampai ke lapisan udara di langit". Riwayat Imam ad-Darimi.
Hadis ini sebagi dalil yang menunjukkan bahawa, nama dan sifat Nabi Muhammad saw telah disebutkan oleh Allah swt di dalam kitab Taurat. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah swt pada lafaz "setelah nyata bagi mereka kebenaran", yakni kebenaran Baginda saw di dalam kitab Taurat dan menunjukkan bahawa agama yang dibawa oleh Nabi saw adalah benar. Begitu juga kaum ahli kitab secara zaman berzaman dan bertradisi telah mengenali Nabi Muhammad saw lebih mengenali anak-anak mereka sendiri, akan tetapi di sebabkan hasad dengki mereka, maka mereka pura-pura mengingkarinya, sepertimana firmanNya,
ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ
Maksudnya : Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui. Surah al-Baqorah ayat 146.
Seterusnya Allah swt menyebut, "Maka ma'afkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya", yakni Nabi saw dan umat Islam diperintahkan agar bersabar dengan keburukan dan gangguan-gangguan yang datang daripada kaum ahli Kitab tanpa melakukan apa-apa tindakan atau hukuman berat kepada mereka sehinggalah datangnya perintah Allah swt. Perkara ini juga berkaitan dengan janji Allah swt terhadap umat Islam bahawa Dia akan menolong dan memberi balasan kepada kaum ahli Kitab dalam waktu yang terdekat. Oleh kerana itulah, tidak lama kemudian Allah swt menurunkan ayat yang mengandungi perintah agar memerangi kaum ahli Kitab dan termasuklah kaum musyirikin sepertimana dalam firmanNya,
ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ
Maksudnya : Apabila sudah habis bulan-bulan Haram itu, maka bunuhlah orang-orang musyrikin itu dimana saja kamu jumpai mereka, dan tangkaplah mereka. Kepunglah mereka dan intailah ditempat pengintaian. Jika mereka bertaubat dan mendirikan sholat dan menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi maha Penyayang. Surah at-Taubah ayat 5.
Kemudiannya diturunkan ayat yang lain,
ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ
Maksudnya : Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (yaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk. Surah at-Taubah ayat 29.
Maksud pada lafaz "Maka ma'afkanlah dan biarkanlah mereka", yakni di kaitkan dengan firmanNya,
ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ
Maksudnya : Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan. Surah Ali Imran ayat 186.
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa umat Islam akan diuji oleh Allah swt dengan beberapa ujian dan termasuklah kata-kata biadab atau tomahan dan cacian yang dilemparkan oleh kaum ahli Kitab selain daripada kekerasan daripada tingkah laku mereka. walaupun begitu, Allah swt telah berjanji bahawa barangsiapa di kalangan ahli Kitab yang menyakiti Allah dan Rasul serta termasuklah menyakiti umat Islam, maka Allah swt akan melaknatnya dan mereka akan ditimpakan azab di akhirat, sepertimana firmanNya,
ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya. Allah akan melaknatinya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan. Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata. Surah al-Ahzab ayat 57 dan 58.
Ulama juga menafsirkan pada maksud ayat ""Maka ma'afkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya", yakni termasuklah kesalahan dan keburukan yang mereka lakukan terhadap Nabi dan umat Islam. Begitu juga mereka telah menghalangi Nabi saw dalam melaksanakan tugas kenabian kepada umatnya. Termasuk juga berusaha keras mahu memurtadkan umat Islam dan maafkanlah juga terhadap apa yang telah mereka perkatakan kepada Nabi saw pada masa yang lalu sepertimana firmanNya,
ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ
Maksudnya : Yaitu orang-orang Yahudi, mereka mengubah perkataan dari tempat-tempatnya. Mereka berkata : "Kami mendengar", tetapi kami tidak mau menurutinya. Dan (mereka mengatakan pula) : "Dengarlah" sedang kamu sebenarnya tidak mendengar apa-apa. Dan (mereka mengatakan) : "Raa'ina", dengan memutar-mutar lidahnya dan mencela agama. Sekiranya mereka mengatakan : "Kami mendengar dan menurut, dan dengarlah, dan perhatikanlah kami", tentulah itu lebih baik bagi mereka dan lebih tepat, akan tetapi Allah mengutuk mereka, karena kekafiran mereka. Mereka tidak beriman kecuali iman yang sangat tipis. Surah an-Nisa ayat 46.
Bersambung pada siri ke 2